Hafiz hanya duduk termenung di
bazar sekolah. Selalunya dia akan
bersama-sama Razif dan Zarina menghabiskan masa dengan membaca buku sambil
menunggu loceng sekolah berbunyi. Hafiz
melepas nafas deras. Jam ditangan sudah
menunjukkan jam tujuh. Kebiasaannya
Razif dan Zarina sudah sampai ke sekolah pada waktu begini. Hafiz menjadi bingung memikirkan ketiadaan
mereka.
Entah-entah diorang ni dah rancang untuk tidak datang sekolah hari
ini. Tapi mana mungkin sebab mereka
berdua ini jenis yang rajin ke sekolah.
Tambah-tambah Razif. Dia memang
susah la nak ponteng sekolah walaupun sakit teruk dia tetap ke sekolah.
“Asalamualaikum.” Razif membisik
kearah telinga Hafiz.
Dengan serta merta Hafiz terkejut dengan tindakan Razif. Buku yang berada ditangan Hafiz secara
spontan dibaling tepat kearah dada Razif.
“Kau ni Razif bikin aku terkejut saja.
Tak pasal-pasal kau dah kena.”
muka Hafiz kini merah padam dan nafasnya laju seperti baru menamatkan
larian 100 meter.
“Maaf aku bukannya sengaja. Aku
sangkakan kau tidak terkejut.” Raziff
mengusap-usap dadanya yang terasa sakit.
“Banyaklah kau tak terkejut.
Hampir luruh jantung aku dibuatnya.
Razif! Zarina mana?”
“Hai bukan selalu dia datang dengan kau ke?”
“Mana ada! masalahnya dia tak datang lagi.”
Razif terkedu seketika memikirkan Zarina. Razif memandang wajah Hafiz. Memandang dengan pandangan yang kosong.
“Yang kau pandang aku begitu kenapa?
Sebab muka aku hensemkan hari ini?”
Razif ingin muntah mendengar kata-kata Hafiz yang memuji diri
sendiri. Memang begitulah sifat sahabat
baiknya itu yang selalu memuji diri sendiri.
Kadang kala Razif hanya senyum saja bila mendengarnya. Ini kerana Razif ingin menjaga hati
sahabatnya itu.
Kereta Toyota Vios warna putih
milik Cikgu Siti masuk ke kawasan sekolah.
Razif menangkap kelibat Zarina berada didalam kereta Cikgu Siti. “Hafiz itu bukan Zarina ke?” Razif menghalakan tangannya kearah kereta
Cikgu Siti.
“Biar betul kau ni Razif.” Hafiz
memandang kereta Cikgu yang telah masuk di tempat letak kereta guru.
“Betullah aku nampak Zarina duduk disebelah Cikgu tadi.” Hafiz dan Razif melangkah lebih dekat dengan kawasan tempat letak
kereta.
Kelihatan Cikgu Siti keluar dari perut kereta begitu juga Zarina. Zarina berjalan kearah Cikgu Siti dan berkata
sesuatu kepada Cikgu muda tersebut.
Razif dan Hafiz saling berpandangan.
Kemudian mereka memandang Zarina yang berjalan kearah mereka. Pandangan mereka membuatkan Zarina ketawa
kecil melihat gelagat sahabatnya itu.
“Hai yang korang berdua ni pandang aku dengan muka macam tu
kenapa?” Zarina melihat geligat sahabatnya
itu memandang dirinya dengan wajah yang binggung.
“Kami berdua ini hairan macam mana hari ini kau boleh datang sekolah
dengan Cikgu Siti.” Hafiz bersuara.
“Oh.. sebab itu sahaja?” soal
Zarina sambil menguntum senyuman.
“Nanti aku cerita dekat korang berdua
ok.” sambil tersenyum Zarina
terus mengatur langkah ke tapak perhimpunan.
Hafiz dan Razif yang binggung dengan kelakuan Zarina turut sama mengatur
langkah ke tapak perhimpunan setelah mendengar bunyi loceng sekolah.
Perasaan takut masih lagi menghantui diri Cikgu Siti. Ini semua gara-gara kejadian yang menimpa
dirinya. Kemunculan kelibat hitam diluar
biliknya menjadikan Cikgu Siti fobia untuk duduk bersendirian. Dalam fikirannya adakah kelibat hitam yang
Cikgu Siti nampak itu adalah hantu? Tapi
setahu dirinya tidak ada hantu di rumah sewa yang Cikgu Siti tinggal.
Adakah kelibat hitam itu orang minyak?
Tapi setahu aku di kampung ini suasananya amat selamat. Ahh.. ini semua mungkin pengaruh filem. Gara-gara terlalu banyak sangat tengok cerita
hantu sampai aku sendiri takut sampai begini sekali.
Kemungkinan kelibat hitam itu
adalah perompak tak! yang cuba nak pecah
masuk rumah aku. Tapi kalau betul dia
nak merompak kenapa dia tidak masuk terus?
Kenapa dia hanya memerhatikan sahaja? Entah-entah dia nak guna ilmu hitam tak? Sekali lagi tangapan negetif bermain di minda
dan membuatkan Cikgu Siti tidak senang duduk.
Bahu cikgu Siti ditepuk. Seraya
dengan itu Cikgu Siti terperanjat sehinggakan suara boleh didengar semua yang
berada di bilik guru ketika ini. “Kau ni
Anida buat aku terperanjat la. Tengok
semua cikgu-cikgu dah pandang aku.”
marah Cikgu Siti sambil mencebik.
Saat ini muka Cikgu Siti merah padam akibat malu kerana jeritannya tadi
menarik perhatian guru-guru lain.
“Maaflah Siti aku bukannya sengaja!
Yang kau ni macam orang ada masalah ni kenapa?” Cikgu Anida melihat keresahan di wajah
sahabatnya. Seolah-olah sahabatnya itu
sedang memendam sesuatu.
“Sebenarnya aku memang tengah ada masalah pun.”
“Apa masalahnya?” Cikgu Anida menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan
Cikgu Siti.
Cikgu Siti mendekatkan wajah kearah Cikgu Anida. “Kita cakap di kantin la ya.” Cikgu Siti merendahkan suaranya.
“Dekat sini tak boleh ke?” Cikgu
Anida turut merendahkan suaranya.
Cikgu Siti hanya mengelengkan kepala tanda tidak boleh. Lantas dengan itu Cikgu Anida segera menarik
tangan Cikgu Siti dan bergegas ke kantin.
Hari ini Zarina berasa begitu jangal sekali bila berada didalam
kelas. Ini kerana sahabat baiknya iaitu
Razif dan Hafiz hanya asyik memandang Zarina ketika ketiadaan guru di
kelas. Sesekali Hafiz dan Razif berbisik
sesama mereka seperti ada sesuatu yang cuba mereka rahsiakan. Pening kepala Zarina dibuatnya apabila
difikirkan tentang kelakuan sahabatnya itu.
Zarina bertambah binggung lagi apabila sekali Zarina memandang kearah
mereka dengan pantas mereka melarikan pandangan.
Kenapa la dengan kawan aku dua orang ini? dah sasau agaknya! Dari tadi asyik tengok aku saja. Aku pakai baju terbalik ke? Zarina melihat baju seragamgam sekolah yang
dipakai. Ok saja tak ada yang tidak
kena.
Sekali lagi Zarina memadang kearah Razif dan Hafiz mereka masih lagi
memandang dan berbisik antara satu sama lain.
Kali ini Zarina tekad. Zarina
bangun dari tempat duduknya dan terus bergegas melangkah kearah Razif dan
Hafiz. Razif dan Hafiz yang dari tadi
sedang rancak berbisik sesame sendiri terus mematikan niat mereka. Buku berada diatas meja dijadikan alasan
bahawa mereka sedang sibuk mengulangkaji.
Zarina kini berdiri dihadapan mereka.
Razif dan Hafiz pura-pura membaca buku. Dengan bingkas Zarina mengambil buku yang
berada digenggaman Razif dan Hafiz lalu diletakkan diatas meja.
“Kau orang berdua ini kenapa dari tadi asyik pandang aku saja?” soalan Zarina tidak dijawab Razif dan
Hafiz. Tapi sebaliknya mereka hanya
memandang sesama sendiri.
Razif memberi isyarat muka kepada Hafiz agar sahabatnya itu bertanyakan
sesuatu. Zarina yang berada dihadapan
mereka menjadi binggung dengan tindakan sahabatnya itu.
“Begini Zarina kami cuma nak tahu kenapa kau tumpang Cikgu Siti hari
ini. Itu saja.” pertanyaan Hafiz itu disambut dengan gelak
tawa dari Zarina. Hafiz dan Razif
binggung melihat kelakuan Zarina.
Zarina sudah dapat mengagak soalan itu yang akan ditanya sahabatnya itu.
“Yang kau ketawa ni kenapa Zarina?”
soal Razif.
Zarina menarik kerusi yang berhampiran dengannya dan Zarina duduk di
hadapan meja Razif dan Hafiz. Zarina
masih tetap ketawa. Kini ketawanya lebih
perlahan dan Zarina menutup mulutnya sambil ketawa yang masih lagi berbaki.
“Sebab itu saja ke? tidak ada
sebab lain?” Zarina menguntumkan
senyuman.
Hafiz dan Razif mengangguk serentak.
“Tapi ada satu syarat!”
“Apa syaratnya?” serentak suara
Hafiz dan Razif bertanya. Ditambah pula
dengan wajah ingin tahu.
Zarina merapatkan wajahnya kearah meja.
“Syaratnya kau berdua tidak boleh beritahu orang lain faham.” tegas Zarina.
“Kalau kami beritahu juga macam mana?”
tanya Razif dengan spontan. Dan
secara sponta juga Zarina menunjukkan penumbuknya dihadapan wajah Razif.
“Kalau kau berani kau buat.”
Zarina memberi amaran kepada Razif.
Razif menelan air liurnya. Tetapi
reaksinya seperti menelan seketul batu kedalam tekak. Ini semua gara-gara Zarina. Mereka berdua sudah masak dengan perangai
Zarina yang boleh dikatakan agak kasar.
Walaupun penampilan Zarina cukup lembut perwatakannya bila melihat. Tetapi kakikatnya berlainan.
“Ok kami janji.” Ujar Razif.
Seraya dengan itu Zarina terus memulakan cerita.
“Biar betul kau ni?” Cikgu Anida
terkejut mendengar cerita dari Cikgu Siti.
Seolah-olah tidak mempercayainya cerita Cikgu Siti bahawa rumahnya cuba
dimasuki pencuri. Sudah lama Cikgu Anida
menetap dikampung itu, semenjak dari
kecil lagi sehinggalah dia menjadi guru.
Inilah kali pertama dia mendengar bahawa ada pencuri di kampung dia
membesar.
“Betul! Kau ingat aku main-main ke.”
“Habis sekarang kau masih nak tinggal dirumah sewa itu lagi?” Anida agak risau jika Siti masih tinggal disitu
kerana kuatir akan keselamatan sahabatnya itu.
“Buat masa ini aku tinggal dirumah Zarina.”
“Zarina! Maksud kau Zarina anak murid kau. Cikgu Anida cuba meneka. Cikgu Siti pula membalas jawapan Cikgu Anida
dengan hanggukkan kepala menandakan ya.
“Aku rasa baik kau tinggal saja dengan aku. Lagipun kau boleh buat teman aku dan mak aku
dekat rumah. Lagipun adik aku ada dekat
Sarawak. Jadi kau boleh jadi teman aku
bersembang.
“Aku tak menyusahkan kau ke?”
Cikgu Siti kuatir kalau-kalau kedatangannya nanti menyusahkan sahabatnya
itu.
“Tidak! Kau tinggal di rumah aku
ya?” Cikgu Anida beria-ria memujuk Cikgu
Siti untuk tinggal bersama dengannya.
Mana tidaknya jika Cikgu Siti tinggal sekali dia ada juga teman untuk
berborak.
“Baiklah aku tinggal dengan kau.”
Cikgu Siti mengalah setelah dipujuk sahabatnya. Cikgu Anida kelihatan gembira sekali dengan
keputusan sahabatnya itu.
Cerita dah cantik. Tinggal edit pennggunaan bahasa, elakkan slanga, jaga perenggan di setiap dialog.
BalasPadam