Isnin, 28 Mei 2012

Bab 6 Lakaran Hati


    Hari ini agak lewat juga Razif pulang kerumah.  Terpancar keletihan di wajah Razif.  Badan yang terasa letih perlahan-lahan dibaringkan.  Seperti selalu Razif sering pulang lewat kerumah,  ini kerana Razif akan selalu memastikan bahawa kerja sekolahnya siap dahulu sebelum balik.  Ini memang menjadi kebiasaan buat dirinya agar tidak selalu menanguhkan kerja.  Razif mengesat peluh di dahi.  Dia membuka jendela kamarnya.  Angin dari luar meniup dingin sekali,  terasa dingin wajahnya ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. 
 
    Razif melontar pandangannya ke luar kamar.  Dia menikmati ketenangan petang yang damai.  Dahan-dahan pokok beralun ditiup angin,  setiap alunan disertakan dengan daun –daun kering berguguran jatuh ke bumi.  Dalam melayani udara segar terlintas di benak fikirannya tentang peristiwa yang berlaku pada gurunya Cikgu Siti.
    Tidak pernah terduga difikirannya yang perkara sebegitu terjadi terhadap gurunya itu.  Mujur yang ayah Zarina Pak Cik Azman yang kebetulan berada diluar rumah.  Terus bertindak untuk melihat apa yang terjadi.  Nasib tiada apa-apa yang berlaku.  “Apalah nak jadi dengan manusia sekarang ini,  sudah tiada kerja yang halal lagikah didunia ini?  sampai kerja yang tidak baik juga dipilih.”  Razif mengeluh.
    Razif berjalan menuju ke meja tulis.  Seruling yang berada di atas meja diambil.  Perlahan-lahan Razif meniup seruling itu.  Alunan iramanya sungguh syahdu bila didengar.  Rentak irama yang perlahan dan klasik itu boleh membuatkan sesiapa saja jatuh cinta bila mendengarnya.  Bak mengerti alunan muzik yang berbunyi,  pohon pohon yang rendang jua turut beralun mengikut irama yang dimainkan.  Burung-burung yang berterbangan juga turut berkicauan seolah-olah turut sama menyanyi.
    Tanpa disedari Razif alunan muzik yang dia mainkan telah menarik minat seseorang yang kebetulan lalu dihadapan rumahnya.  Pak cik Hassan yang secara tidak sengaja yang melintasi kawasan rumah Razif telah mendengar alunan muzik etnik yang bergema.  Pak cik Hassan memberhentikan kenderaan dia cuba mencari dari mana datangnya bunyi tiupan seruling itu.  Pak cik Hassan terus melangkah mencari bunyi tiupan seruling sehingga bertemuanya dia dengan sebuah rumah.
    Pak cik Hassan melihat disekeliling kawasan rumah tersebut.  Siapa agaknya yang bermain muzik ini?  Sungguh berbakat orang ini.  Aku harus tahu siapa dirinya.  Pak cik Hassan melangkah ruang hadapan rumah.
    “Asalamualaikum.”  Pak cik Hassan memberi salam.  Matanya turut meliar dikawasan sekeliling agar-agar ada kelibat manusia disitu.  Razif yang mendengar paluan suara orang memberi salam dia terus mematikan tiupan serulingnya.
 
    “Waalaikummusalam.”  Razif bingkas kehadapan untuk melihat siapa yang datang kerumahnya.  Pintu dikuak dan kelihatan seorang lelaki tua berdiri di hadapan halaman rumahnya sambil senyuman terukir dibibir.
    “Pak cik Hassan!”  ujar Razif.  Pak cik Hassan hanya menguntumkan senyuman buat Razif.  Seruling yang berada ditangan Razif seolah-olah memberikan satu jawapan buat pertanyaan yang bermain difikirannya.
    “Adakah kamu yang bermain seruling itu tadi?”  Pak cik Hassan cuba untuk mendapatkan kepastian dari Razif.
    Razif hanya mengangguk tanda benar apa yang dikatakan Pak cik Hassan.  Pak cik Hassan tergelak kecil.  Tidak disangka bahawa orang yang meniup seruling itu adalah seorang anak muda yang dia kenali.  Razif turut mengukir senyuman walaupun dia tidak mengerti apa yang membuatkan lelaki tua itu tersenyum.
    “Boleh  kamu mainkan satu lagu untuk Pak cik lagi?”  Pak cik Hassan membuat satu permintaan agar Razif mainkan satu lagu buatnya.  “Tapi kalau boleh bukan sekarang.  Sebab Pak cik mahu kamu mainkan satu lagu ini bersama Pak cik.  Boleh?”  Saat ini Pak cik Hassan seperti ada hajat yang mahu dilaksanakan.
    “Boleh!  tapi bila?”  Razif seakan-akan teruja dan ada tercalit sedikit perasaan ingin tahu dalam hati.
    “Kalau macam itu esok Pak cik datang ke rumah kamu! Boleh?”  Pak cik Hassan memberi cadangan.

    Cadangan Pak cik Hasaan itu disambut dengan hangukkan dari Razif.


    Malam ini sungguh dingin sekali.  Kemungkinan besar malam ini dingin disebabkan hujan turun dengan lebat sekali semasa petang tadi.  Sungguh enak rasanya kala ini Pak cik Hassan menghirup secawan kopi panas lagi pekat,  ditambah pula dengan rasanya yang kurang manis.  Memang sudah menjadi adat bagi sesiapa sahaja jika waktu hujan sebegini pasti akan mencari minuman panas.  Ini bagi memberi sedikit kesegaran kepada tubuh badan.
    Pak cik Hassan menghirup lagi air kopi.  Perlahan-lahan air kopi diletakkan diatas meja.  Seketika kemudian dia terfikirkan sesuatu.  Difikirannya dia seperti mahu mengambil sesuatu.  Tetapi Pak cik Hassan tidak dapat ingat apa yang mahu dibuatnya.  Pak cik Hassan mengeleng kepala samba; tangan kanan diletakkan didahi.
    Muzik!  Itu yang terlintas difikiran Pak cik Hassan.  Seolah-olah perkataan muzik itu bagai terbang dan hinggap di kepala Pak cik Hassan sehingga dia ingat semula  yang difikirkannya sebentar tadi.  Pak cik Hassan terus masuk ke kamarnya,  sepertinya ada sesuatu yang penting harus dilakukan.  Kerusi merah yang berada dihadapan cermin diambil dan diletakkan dihadapan almari baju.  Pak cik Hassan mengambil kotak yang kelihatan sudah usang.  Kotak yang penuh dibaluti debu-debu kekotoran itu diletakkan diatas meja.
 
    Pak cik Hassan meniup kotak tersebut.  Berterbangan debu yang melekat dikotak itu.  Pak cik Hassan melibas-libas tangannya menepis debu yang berterbangan dari masuk ke dalam rongga hidungnya.  Kotak dibuka,  perlahan-lahan Pak cik Hassan menyentuh isi didalam kotak itu.  Biola yang terletak kemas diambil.  Sudah lama tidak disentuh alat muzik yang dahulunya menjadi teman yang sebati dalam dirinya.  Pak cik Hassan mula mengesek biola itu perlaha-lahan.  Biola itu mengeluarkan bunyi yang cukup indah.  Taktakala melodi berkumandang mengikut alunan,  air mata Pak cik Hassan juga turut mengalir juga.  Sudah lama rasanya dia tidak mengesek biola.  Terusik rasa rindu didalam hatinya.
    Pak cik Hassan mematikan langkah tangannya dari terus mengesek tali biola.  Air mata dikesat.  Tidak tertahan lagi rasa hati apabila terkenangkan masa lampau.


    Hari ini Cikgu Siti bermalam dirumah sahabatnya Anida.  Sebenarnya berat rasa hati Cikgu Anida untuk menumpang dirumah sahabatnya itu.  Maklumlah dia tidak mahu menyusahkan mereka sekeluarga,  terdetik juga dihati Cikgu Siti untuk mengajak Cikgu Anida untuk menjadi temannya dirumah.  Dengan pantas Cikgu Anida menolak.  Mana tidaknya mendengar cerita Cikgu Siti saja sudah mengerunkan Cikgu Anida,  inikan pula menghadapinya sendiri.
    Sebentar tadi ketika sedang makan malam bersama keluarga Cikgu Anida. Cikgu Anida telah menceritakan tentang kejadian malang yang berlaku keatas Cikgu Siti kepada kedua ibu dan ayahnya.  Ayah Cikgu Anida kaget apabila mendengar perkhabaran tersebut.  Setahunya sepanjang berhikmat sebagai ketua kampung tidak pernah berlaku kejadian yang sebegini rupa.
 
    “Betul ke apa yang Anida ceritakan ni Siti?”  Haji Lokman mahu penjelasan sebenar dari Siti.
    “Betul pak cik!  apa yang telah Anida ceritakan ini semuanya betul.”  jelas Siti.
     Selera makan Haji Lokman terus mati apabila mendengar sendiri pengakuan dari Siti.  Nampak gayanya selepas solat isyak di masjid nanti dia harus melakukan mesyuarat menggejut dengan ajk-ajk kampung.
    “Abang!”  tegur Hajjah Mawar.  Isteri Haji Lokman.  “Awak kenapa ni.”  Isterinya hairan apabila melihat Haji Lokman tiba-tiba saja termenung.
    “Saya fikir lepas  solat isyak nanti saya mahu adakan mesyuarat dengan ajk-ajk kampung kita ini.  Saya fikir kita harus ambil langkah berjaga-jaga sebelum apa-apa terjadi.”  ujar Haji Lokman dengan tegas.  Dia cukup risau akan keselamatan di kampung ini tercemar dek kerana dengan adanya golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab dengan mencari jalan mudah dengan hanya mencuri.

    “Apa yang dimenungkan itu Siti.”  Anida masuk ke dalam kamar sambil membawa buku latiha pelajarnya untuk disemak.
    “Tidak ada apa-apa!”  Siti tersedar dari mimpi sendiri.
    “Anida aku tanya sikit boleh tak?”
     Anida memandang Siti dengan sekali pandang.  “Tak boleh.”
    Siti hanya diam bila ayat itu yang keluar dari mulut Anida.
    Kemudian kedengaran gelak ketawa dari mulut Anida.  Siti memandang wajah sahabatnya.
    “Aku main-main saja la.  Kau jangan la ambik hati dengan aku.”  Anida masih lagi ketawa.
    Anida berhenti menyemak buku.  Kini pandangannya tetumpu kepada Siti.
 
    “Apa yang kau nak tanya aku tadi?”  Anida beralih kepada soalan yang ingin ditanya Siti sebentar tadi.
   “Aku mahu tanya sudah lama ka ayah kau bertugas sebagai ketua kampung?”  soal Siti.
    Disangkakan solan apa yang hendak ditanyakan.  Rupanya soalan yang agak senang untuk dijawab Anida pula yang ditanya.  Anida sangkakan Siti mahu tanya bila yang dia mahu menamatkan zaman bujang.  Maklumlah setiap kali dia duduk berbual dengan sahabat-sahabatnya,  pasti soalan bila dia hendak berumah tangga yang sering diajukan.
     “Lamalah jugak!”
    “Oh..patutlah kau ni popular dekat kampung ni ya.  Rupanya anak ketua kampung.”  usik Siti.
    “Mana ada.”  Anida mula rasa malu bila diusik Siti.
    “Boleh pecaya ke kau ni.”
     Kali ini tumpuan Anida untuk menyemak buku terganggu dengan usikan nakal dari Siti.  Mereka sama-sama ketawa.  Tiba-tiba ketawa menjadi mati seketika setelah telefon bimbit Siti berdering.  Wajah Siti sedikit berubah apabila menjawab panggilan tersebut.   

Isnin, 30 April 2012

Bab 5 Lakaran Hati

 
     Hafiz hanya duduk termenung di bazar sekolah.  Selalunya dia akan bersama-sama Razif dan Zarina menghabiskan masa dengan membaca buku sambil menunggu loceng sekolah berbunyi.  Hafiz melepas nafas deras.  Jam ditangan sudah menunjukkan jam tujuh.  Kebiasaannya Razif dan Zarina sudah sampai ke sekolah pada waktu begini.  Hafiz menjadi bingung memikirkan ketiadaan mereka.

    Entah-entah diorang ni dah rancang untuk tidak datang sekolah hari ini.  Tapi mana mungkin sebab mereka berdua ini jenis yang rajin ke sekolah.  Tambah-tambah Razif.  Dia memang susah la nak ponteng sekolah walaupun sakit teruk dia tetap ke sekolah.
 
    “Asalamualaikum.”  Razif membisik kearah telinga Hafiz.

    Dengan serta merta Hafiz terkejut dengan tindakan Razif.  Buku yang berada ditangan Hafiz secara spontan dibaling tepat kearah dada Razif.

    “Kau ni Razif bikin aku terkejut saja.  Tak pasal-pasal kau dah kena.”  muka Hafiz kini merah padam dan nafasnya laju seperti baru menamatkan larian 100 meter.

    “Maaf aku bukannya sengaja.  Aku sangkakan kau tidak terkejut.”  Raziff mengusap-usap dadanya yang terasa sakit.

     “Banyaklah kau tak terkejut.  Hampir luruh jantung aku dibuatnya.  Razif!  Zarina mana?”

     “Hai bukan selalu dia datang dengan kau ke?”
 
     “Mana ada! masalahnya dia tak datang lagi.”

      Razif terkedu seketika memikirkan Zarina.   Razif memandang wajah Hafiz.  Memandang dengan pandangan yang kosong.

     “Yang kau pandang aku begitu kenapa?  Sebab muka aku hensemkan hari ini?”  Razif ingin muntah mendengar kata-kata Hafiz yang memuji diri sendiri.  Memang begitulah sifat sahabat baiknya itu yang selalu memuji diri sendiri.  Kadang kala Razif hanya senyum saja bila mendengarnya.  Ini kerana Razif ingin menjaga hati sahabatnya itu.

     Kereta Toyota Vios warna putih milik Cikgu Siti masuk ke kawasan sekolah.  Razif menangkap kelibat Zarina berada didalam kereta Cikgu Siti.  “Hafiz itu bukan Zarina ke?”  Razif menghalakan tangannya kearah kereta Cikgu Siti.

   “Biar betul kau ni Razif.”  Hafiz memandang kereta Cikgu yang telah masuk di tempat letak kereta guru.

   “Betullah aku nampak Zarina duduk disebelah Cikgu tadi.”  Hafiz dan Razif melangkah lebih  dekat dengan kawasan tempat letak kereta.
 
    Kelihatan Cikgu Siti keluar dari perut kereta begitu juga Zarina.  Zarina berjalan kearah Cikgu Siti dan berkata sesuatu kepada Cikgu muda tersebut.  Razif dan Hafiz saling berpandangan.  Kemudian mereka memandang Zarina yang berjalan kearah mereka.  Pandangan mereka membuatkan Zarina ketawa kecil melihat gelagat sahabatnya itu.

    “Hai yang korang berdua ni pandang aku dengan muka macam tu kenapa?”  Zarina melihat geligat sahabatnya itu memandang dirinya dengan wajah yang binggung.

    “Kami berdua ini hairan macam mana hari ini kau boleh datang sekolah dengan Cikgu Siti.”  Hafiz bersuara.

    “Oh.. sebab itu sahaja?”  soal Zarina sambil menguntum senyuman.

    “Nanti aku cerita dekat korang berdua  ok.”  sambil tersenyum Zarina terus mengatur langkah ke tapak perhimpunan.  Hafiz dan Razif yang binggung dengan kelakuan Zarina turut sama mengatur langkah ke tapak perhimpunan setelah mendengar bunyi loceng sekolah.

  
    Perasaan takut masih lagi menghantui diri Cikgu Siti.  Ini semua gara-gara kejadian yang menimpa dirinya.  Kemunculan kelibat hitam diluar biliknya menjadikan Cikgu Siti fobia untuk duduk bersendirian.  Dalam fikirannya adakah kelibat hitam yang Cikgu Siti nampak itu adalah hantu?  Tapi setahu dirinya tidak ada hantu di rumah sewa yang Cikgu Siti tinggal.

    Adakah kelibat hitam itu orang minyak?  Tapi setahu aku di kampung ini suasananya amat selamat.  Ahh.. ini semua mungkin pengaruh filem.  Gara-gara terlalu banyak sangat tengok cerita hantu sampai aku sendiri takut sampai begini sekali.

   Kemungkinan  kelibat hitam itu adalah perompak tak!  yang cuba nak pecah masuk rumah aku.  Tapi kalau betul dia nak merompak kenapa dia tidak masuk terus?  Kenapa dia hanya memerhatikan sahaja?   Entah-entah dia nak guna ilmu hitam tak?  Sekali lagi tangapan negetif bermain di minda dan membuatkan Cikgu Siti tidak senang duduk.

    Bahu cikgu Siti ditepuk.  Seraya dengan itu Cikgu Siti terperanjat sehinggakan suara boleh didengar semua yang berada di bilik guru ketika ini.  “Kau ni Anida buat aku terperanjat la.  Tengok semua cikgu-cikgu dah pandang aku.”  marah Cikgu Siti sambil mencebik.  Saat ini muka Cikgu Siti merah padam akibat malu kerana jeritannya tadi menarik perhatian guru-guru lain.

    “Maaflah Siti aku bukannya sengaja!  Yang kau ni macam orang ada masalah ni kenapa?”  Cikgu Anida melihat keresahan di wajah sahabatnya.  Seolah-olah sahabatnya itu sedang memendam sesuatu.

    “Sebenarnya aku memang tengah ada masalah pun.”

    “Apa masalahnya?” Cikgu Anida menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Cikgu Siti.

    Cikgu Siti mendekatkan wajah kearah Cikgu Anida.  “Kita cakap di kantin la ya.”  Cikgu Siti merendahkan suaranya.

    “Dekat sini tak boleh ke?”  Cikgu Anida turut merendahkan suaranya.

    Cikgu Siti hanya mengelengkan kepala tanda tidak boleh.  Lantas dengan itu Cikgu Anida segera menarik tangan Cikgu Siti dan bergegas ke kantin.

  
    Hari ini Zarina berasa begitu jangal sekali bila berada didalam kelas.  Ini kerana sahabat baiknya iaitu Razif dan Hafiz hanya asyik memandang Zarina ketika ketiadaan guru di kelas.  Sesekali Hafiz dan Razif berbisik sesama mereka seperti ada sesuatu yang cuba mereka rahsiakan.  Pening kepala Zarina dibuatnya apabila difikirkan tentang kelakuan sahabatnya itu.  Zarina bertambah binggung lagi apabila sekali Zarina memandang kearah mereka dengan pantas mereka melarikan pandangan.

    Kenapa la dengan kawan aku dua orang ini?  dah sasau agaknya!  Dari tadi asyik tengok aku saja.  Aku pakai baju terbalik ke?  Zarina melihat baju seragamgam sekolah yang dipakai.  Ok saja tak ada yang tidak kena.
 
    Sekali lagi Zarina memadang kearah Razif dan Hafiz mereka masih lagi memandang dan berbisik antara satu sama lain.  Kali ini Zarina tekad.  Zarina bangun dari tempat duduknya dan terus bergegas melangkah kearah Razif dan Hafiz.  Razif dan Hafiz yang dari tadi sedang rancak berbisik sesame sendiri terus mematikan niat mereka.  Buku berada diatas meja dijadikan alasan bahawa mereka sedang sibuk mengulangkaji.

    Zarina kini berdiri dihadapan mereka.  Razif dan Hafiz pura-pura membaca buku.   Dengan bingkas Zarina mengambil buku yang berada digenggaman Razif dan Hafiz lalu diletakkan diatas meja.
 
    “Kau orang berdua ini kenapa dari tadi asyik pandang aku saja?”  soalan Zarina tidak dijawab Razif dan Hafiz.  Tapi sebaliknya mereka hanya memandang sesama sendiri.

    Razif memberi isyarat muka kepada Hafiz agar sahabatnya itu bertanyakan sesuatu.  Zarina yang berada dihadapan mereka menjadi binggung dengan tindakan sahabatnya itu.

    “Begini Zarina kami cuma nak tahu kenapa kau tumpang Cikgu Siti hari ini.  Itu saja.”  pertanyaan Hafiz itu disambut dengan gelak tawa dari Zarina.  Hafiz dan Razif binggung melihat kelakuan Zarina.
   
     Zarina sudah dapat mengagak soalan itu yang akan ditanya sahabatnya itu.

     “Yang kau ketawa ni kenapa Zarina?”  soal Razif.

    Zarina menarik kerusi yang berhampiran dengannya dan Zarina duduk di hadapan meja Razif dan Hafiz.  Zarina masih tetap ketawa.  Kini ketawanya lebih perlahan dan Zarina menutup mulutnya sambil ketawa yang masih lagi berbaki.

    “Sebab itu saja ke?   tidak ada sebab lain?”  Zarina menguntumkan senyuman.
 
    Hafiz dan Razif mengangguk serentak.

    “Tapi ada satu syarat!”

    “Apa syaratnya?”  serentak suara Hafiz dan Razif bertanya.  Ditambah pula dengan wajah ingin tahu.
   Zarina merapatkan wajahnya kearah meja.  “Syaratnya kau berdua tidak boleh beritahu orang lain faham.”  tegas Zarina.

   “Kalau kami beritahu juga macam mana?”  tanya Razif dengan spontan.  Dan secara sponta juga Zarina menunjukkan penumbuknya dihadapan wajah Razif.

    “Kalau kau berani kau buat.”  Zarina memberi amaran kepada Razif.

    Razif menelan air liurnya.  Tetapi reaksinya seperti menelan seketul batu kedalam tekak.  Ini semua gara-gara Zarina.  Mereka berdua sudah masak dengan perangai Zarina yang boleh dikatakan agak kasar.  Walaupun penampilan Zarina cukup lembut perwatakannya bila melihat.  Tetapi kakikatnya berlainan.

    “Ok kami janji.”  Ujar Razif.
 
    Seraya dengan itu Zarina terus memulakan cerita.

    “Biar betul kau ni?”  Cikgu Anida terkejut mendengar cerita dari Cikgu Siti.  Seolah-olah tidak mempercayainya cerita Cikgu Siti bahawa rumahnya cuba dimasuki pencuri.  Sudah lama Cikgu Anida menetap dikampung itu,  semenjak dari kecil lagi sehinggalah dia menjadi guru.  Inilah kali pertama dia mendengar bahawa ada pencuri di kampung dia membesar.

    “Betul! Kau ingat aku main-main ke.”

    “Habis sekarang kau masih nak tinggal dirumah sewa itu lagi?”  Anida agak risau jika Siti masih tinggal disitu kerana kuatir akan keselamatan sahabatnya itu.

    “Buat masa ini aku tinggal dirumah Zarina.” 
 
    “Zarina! Maksud kau Zarina anak murid kau.  Cikgu Anida cuba meneka.  Cikgu Siti pula membalas jawapan Cikgu Anida dengan hanggukkan kepala menandakan ya.

    “Aku rasa baik kau tinggal saja dengan aku.  Lagipun kau boleh buat teman aku dan mak aku dekat rumah.  Lagipun adik aku ada dekat Sarawak.  Jadi kau boleh jadi teman aku bersembang.

    “Aku tak menyusahkan kau ke?”  Cikgu Siti kuatir kalau-kalau kedatangannya nanti menyusahkan sahabatnya itu.

    “Tidak!  Kau tinggal di rumah aku ya?”  Cikgu Anida beria-ria memujuk Cikgu Siti untuk tinggal bersama dengannya.  Mana tidaknya jika Cikgu Siti tinggal sekali dia ada juga teman untuk berborak.

    “Baiklah aku tinggal dengan kau.”  Cikgu Siti mengalah setelah dipujuk sahabatnya.  Cikgu Anida kelihatan gembira sekali dengan keputusan sahabatnya itu.

Bab 4 Lakaran Hati

    “Asalamualaikum.”  ujar Razif.

    “Walaikumusalam.”  jawab Aishah menyambut kepulangan abangnya.

    “Banyaknya abang beli barang.  Abang dapat duit ke hari ini?”  soal Aishah.

    “Alhamdulillah hari ini abang dapat duit kerja sikit,  itu yang abang beli barang dapur ni.”

    “Kalau macam tu mari Aishah tolong abang angkat barang.”

    Razif dan Aishah melangkah menuju kearah dapur.  Kelihatan di dapur ibunya sedang menyediakan bahan-bahan untuk memasak nasi lemak,  kelihatan adiknya Aman turut membantu ibunya memasak.  Sudah menjadi satu kewajipan buat mereka jika mak cik Salmah sedang sibuk di dapur mereka adik beradik pasti akan ringan tulang membantu.

    “Nampaknya Aman hari rajin tolong mak memasak.  Nak dekat pukul 10 malam ni masih belum tidur.”  Razif melabuhkan punggungnya diatas kerusi di meja makan.

    “Abang ni! Aman kan memang rajin tolong mak memasak.  Lagipun esokkan sabtu,  apa salahnya Aman tolong mak sampai pagi.”

    Razif mengambil jag yang berisi air teh yang berada dihadapannya lalu dituangkan didalam cawan,  seraya dengan itu Razif meneguk air teh itu dengan penuh tertib.

     “Abang minum ni baca bismilah tak?  ke main teguk saja?”  tanya Aishah.

     “Alamak abang lupa la Aishah.”  jawab Razif.

    “Abang ni tak senonoh la.  Selalu Abang pesan dekat kami kalau minum baca bismillah,  alih-alih dia sendiri yang lupa.”  rungut Aishah.

     “Maaf abang lupa Aishah.”

     “Erm apa la abang ni.”  tambah  Aman.

     “Adik abang ni pergi solat jumaat tak tadi?”  soal Razif.

    “Mestilah pergi!  Abang ni macam tak pecayakan Aman pulak.  Sudahlah tadi Aman tunggu abang tak balik-balik pun.”

    “Bukan abang tak mahu balik.  Tapi abang banyak kerja,  jadi abang solat di masjid dekat pekan.”

     “Banyak kamu beli barang!  kamu dapat gaji ke Razif.?”  soal mak cik Salmah.

     “Ya mak hari ini Razif dapat duit sikit itu yang Razif beli barang dapur.”

     “Kenapa Razif beli barang dapur ni nak?”  soal mak cik Salmah.
 
     “La untuk keperluan kita la mak.”

     “Itu kan wang Razif!  manalah tahu Razif perlukan duit.  Pasal barang dapur ni Razif jangan risau mak boleh cari.”  sayu saja suara ibunya.

     “Mak!  Razif kan anak mak,  jadi duit ni apasalahnya Razif buat belanja keluarga.”

     Ibunya hanya diam sahaja dan menyambung semula memasak.  Adiknya Aishah yang mengelap daun pisang hanya diam sambil memerhatikan ibu yang sedang menumis sambal didalam kuali.

    “Aishah!”  ujar Razif.

    Aishah bingkas mengalih muka kearah Razif.

    “Pasal kasut sekolah…”  tiba-tiba Aishah mencelah.  “Tak apa abang Aishah faham,  Aishah tak kisah pun.”

    “Abang!  Jagung rebus abang ada beli tak?”  beg plastik yang berada di meja diselongkar Aman.

    “Ada dalam plastik tu.”  ujar Razif.  Razif bangun dari tempat duduk dan terus melangkah ke bilik.

    Aishah dan Aman teruskan rutin mereka menolong Ibu.  Mak cik Salmah bergerak menuju ke meja dan melihat apa yang dibeli Razif di pekan.  Banyaknya budak ni beli barang mesti banyak duit dia habis,  takkan duit gaji dia tak simpan?  Alhamdulillah syukur aku dapat anak macam dia.  Masih ada rasa tanggungjawab pada keluarga,  kalau arwah ayahnya masih ada mesti dia suka lihat Razif begini.

    “Mak!”  panggil Aishah.

     Mak cik Salmah terus tersedar dari lamunan.

    “Kenapa ni mak?  kenapa Aishah tengok mak termenung saja ni?”  soal Aishah.

    “Tak ada apa Aishah.”

    “Betul ke ni?  ke mak tak sihat?  kalau mak tidak sihat biar Aishah yang buat semua ni,  mak pergi la rehat.”  ujar Aishah yang risau melihat ibunya termenunug.

   “Mak tak apa-apa Aishah,  mak sihat,  Aishah tolong tengokkan sambal tumis dalam kuali itu!  nanti hangus pulak.”
   
    Aishah patuh dengan arahan ibunya,  Aishah mengambil sudip dan mengacau kuah sambal tumis itu agar kuah yang berada dibahagian bawahnya tidak hangus,  sementara itu Aman pula  sedang sibuk mengelap daun pisang untuk dibuat bungkusan nasi lemak.  Dalam sedang asyik Aishah memasak tiba-tiba kedengaran suara Razif memangilnya.

    “Aishah!”  jerit Razif.

    “Ya abang.  Ada apa?”

    “Aishah tolong ambil plastik di depan ni sekejap.  Abang terlupa nak bawa tadi.”  ujar Razif.

    “Ala abang bawa la ke mari Aishah tengah tolong mak masak ni,  tak pun suruh Aman ni ambilkan.”
 
    Cepat saja Aman menggeleng kepala menandakan tidak mahu.

    “Aishah pergi tolong abang,  sambal tumis itu biar mak yang buat.”  ibunya bergerak kearah Aishah dan mengambil sudip yang dari Aishah.

    Aishah bergegas ke hadapan untuk mengambil beg plastik yang disuruh Razif.

    “Beg plastik mana abang?”  soal Aishah.

    “Beg plastik yang depan pintu itu.”  Razif keluar dari bilik dan terus menuju ke bilik air.

   Aishah mencapai beg plastik tersebut.  Bungkusan apa ni? Aishah membuka beg plastik tersebut.  Alangkah gembiranya Aishah bila melihat apa isi dalam bungkusan tersebut,  bergegas Aishah menyerlumkan kasut sekolah itu dikaki.

    Wah sepadanlah.  Aishah berlari ke bilik air,  ibu dan adiknya Aman tergamam melihat kelakuan Aishah.  Aishah mengetuk pintu bilik air.  Razif yang berada di bilik air terkejut bila pintu diketuk dengan kuat.

   “Woi!  siapa ni ketuk ni?”  soal Razif.

    “Kenapa diketuk pintu itu Aishah?”  ibunya merasa hairan melihat Aishah.

    “Mak tengok kasut Aishah ni!  abang belikan yang baru.”

    Daun pintu bilik air terbuka sedikit Razif menjengulkan kepalanya.  Aishah yang dari tadi mengetuk pintu bilik air terus matikan langkah,  sambil menghadiahkan sekuntum senyuman manis buat Razif.

    “Ni apa yang ketuk pintu ni?”  ujar Razif.

    “Aishah nak ucapkan terima kasih sebab tolong belikan kasut ni.”  Aishah menunjukkan kasut sekolah yang dipakainya.

    “Oh!!!  sama-sama.  Dah la kacau saja abang nak mandi ni.”  Razif menutup kembali pintu bilik air.

    “Maaf.”  ujar Aishah.
 
    Cikgu Siti termenung di birai tingkap.  Malam ini angin begitu kuat sekali sehingga seluruh tubuh Cikgu Siti berasa dingin sekali bila setiap hembusan angin meniup seluruh tubuhnya.  Cikgu Siti mendogak ke langit.  Terang sungguh cahaya bulan malam ini,  ditambahkan lagi seri dengan cahaya bintang yang memagari bulan.  Alangkah bertuahnya jikalau aku dapat mengapai bintang itu dengan mudah.  Mana mungkin aku ini boleh capai bintang itu dengan begitu mudah sekali.

    Agaknya inilah yang aku lalui sepanjang perjalanan aku demi bergelar pendidik bangsa.  Begitu banyak sekali cubaan yang melanda.  Teringgat lagi Siti ketika mula-mula sekali dia ditugaskan menjadi guru,  ketika itu Siti telah dihantar ke Sarawak dan pada masa yang sama dia perlu mengajar di kawasan pendalaman.  Pada masa itu cabaran pertama yang harus ditempuh Siti ialah menaiki rakit untuk ke sekolah.  Saat itu tidak tergambar perasaannya sewaktu pertama kali menaiki rakit ke sekolah,  berbagai perkara negetif difikirkan Siti,  apakah dia akan selamat sampai ke sekolah.  Di bibir Cikgu Siti tidak henti-henti mengucap syahadah memohon pelindungan dari Yang Maha Esa.

    “Kakak!  Janganlah takut semuanya selamat.”  ujar seorang pelajar perempuan yang sama-sama menaiki rakit bersama Cikgu Siti.
    Cikgu Siti menghadiahkan sekuntum senyuman buat pelajar tersebut.  Kerana saat ini  Cikgu Siti tidak mampu berkata-kata kerana perasaan takut telah menguasai diri.

   “Cikgu ni baru lagi disini ke?  tanya lelaki yang berusia lewat 40an yang sedang ligat mendayung rakit menyusuri sungai.

    “Ya saya masih baru lagi disini.”  jawab Cikgu Siti.

   “Jangan takut cikgu.  Insyaallah tidak ada apa-apa yang berlaku.  Saya sudah lama mendayung rakit ni bawa budak-budak sekolah.  Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku.”  lelaki itu teruskan mendayung.

   “Cikgu tengok kita sudah sampai.”  ujar pelajar perempuan tersebut.

   Cikgu Siti hanya mengangukkan kepala tanda faham apa yang dikatakan pelajar terbabit.  Saat itu Cikgu Siti boleh melepaskan nafas lega dan bersyukur kerana dia telah selamat sampai.  Tetapi Cikgu Siti belum tahu lagi apa cabaran yang perlu dia atasi sesudah sampai di sekolah.

    Sebaik melangkah dari rakit itu Cikgu Siti perlu berjalan sejauh satu kilometer untuk sampai ke sekolah.  Begitulah cabaran yang dia terpaksa hadapi ketika mengajar di Sarawak sepanjang  dua tahun.  Dan ada satu peristiwa yang mungkin tidak akan padam di ingatan Cikgu Siti semasa mengajar di Sarawak.

   Seperti guru-guru lain Cikgu Siti masuk mengajar seperti biasa pada waktu pagi.  Ini kerana jadual waktu Cikgu Siti pada waktu pagi memang selalunya padat.  Ketika Cikgu Siti keluar dari bilik guru untuk mengajar tiba-tiba langkah mati.

    Langkah Cikgu Siti mati kerana melihat pelajarnya Fuad serta bapanya berdiri di hadapan tangga yang berdekatan dengan bilik guru.  Fuad hanya tunduk membisu tetapi bapanya hanya merenung wajah Cikgu Siti dengan parang panjang terselit rapi di pinggangnya.  Cikgu Siti menjadi kecut apabila ditenung bapa Fuad.

    “Kenapa orang tua ini memandang aku semacam saja ni?  kenapa Fuad turut ada sekali disitu?  Ayah Fuad agaknya lelaki tua ini! Fuad panggil ayahnya sebab hal semalam ke?”  bisik hati Cikgu Siti.  Semalam secara tidak sengaja Cikgu Siti telah memarahi dan telah merotan Fuad.  Ini kerana Fuad tidak mahu belajar dan sering menggangu rakan-rakan lain.  Tetapi semalam Cikgu Siti hilang sabar dengan perangai Fuad oleh kerana itu Fuad telah dirotan oleh CIkgu Siti.

    “Ini Cikgu Siti ke?”  soal lelaki yang berkemungkinan bapa Fuad.

    “Ya saya Cikgu Siti!  Pak cik ini ayah Fuad ke?”  Cikgu Siti menjawab dalam nada yang agak gugup,  kerana takut akan di apa-apakan oleh bapa Fuad.

    Bapa Fuad menghampiri Cikgu Siti.  Fuad turut ditarik bersama-sama denganya.  KIni mereka berdua berdiri dihadapan Cikgu Siti.  Jantung Cikgu Siti berdebar dengan kedatangan bapa Fuad.

    “Cikgu!  saya datang ke mari sebab nak cakap pasal anak saya.”  bapa Fuad bersuara.

    “Pasal apa ya pakcik?”  tanya Cikgu Siti.

    “Ini pasal yang cikgu merotan dia semalam.” 
 
    Kini dada Cikgu Siti semakin berdebar,  jantungnya berdegup kencang memikirkan apa yang bakal berlaku padanya kelak.

    “Kalau pasal semalam saya be..tul.”  tidak sempat CIkgu Siti mahu menghabiskan ayatnya tiba-tiba bapa Fuad mencelah.

    “Pasal semalam cikgu tidak perlu meminta maaf.  Saya sebenarnya yang perlu minta maaf pada cikgu.  Anak saya ini memang nakal sikit dan dia ini memang tidak suka belajar.  Jadi saya minta sangat cikgu ajarlah dia sebaik mungkin.  Kalau dia tidak mahu belajar,  cikgu rotan si Fuad ini.  Kalau tidak cukup cikgu guna la parang ni sampai dia mahu belajar.”  bapa Fuad menghulurkan parang yang terselit di pinggang.

    “Err..pak cik tak perlu sampai begini sekali.”  Cikgu Siti terkejut dengan tindakan bapa Fuad.

    “Cikgu tolonglah didik dia cikgu.  Saya ini orang susah hanya dia sahaja harapan saya.  Jadi cikgu tolonglah ajar dia,  saya mohon cikgu.”  air mata tua bapa Fuad akhirnya mengalir membasahi pipi.

    “Pak cik!  saya janji dengan pak cik yang saya akan didik Fuad ini seperti apa yang pak cik inginkan.  Kerana itu adalah tugas saya sebagai pendidik.”

    Siti sungguh tidak pecaya bahawa masih ada orang yang tinggal di kawasan pendalaman yang begitu menitik beratkan pendidikan.  Ini kerana sebelum Siti berangkat ke Sarawak ada dari teman-temannya berkata bahawa orang didalam kawasan pendalaman ini tidak menitik beratkan pembelajaran,  jadi kita perlu berusaha mendidik mereka dengan memberitahu mereka bahawa dengan ilmu mereka boleh meneroka dunia ciptaan Ilahi.  Tetapi sebaliknya dengan situasi yang dialami Siti.  Ternyata begitu utuh sekali kasih bapa Fuad yang ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran sehingga sanggup berjumpa dan merayu kepada Siti agar mengajar Fuad walaupun anaknya tidak berminat untuk belajar.

    Begitu kasih sekali sayang bapa Fuad sehingga sanggup memberi sebilah parang kepada aku,  bertujuan untuk menakutkan anaknya.  Untung Fuad dapat ayah yang selalu mengambil berat terhadap dirinya.  Aku dengar kata Fuad peroleh lima A dalam peperiksaan UPSR.  Alhamdulillah nasib ayahnya berkeras untuk Fuad terus rajin belajar.   Kini Cikgu Siti bangkit dari dunia realiti apabila teringatkan kata-kata ibunya semasa mereka berbual melalui telefon  sebentar tadi.

    Benarkah ayah tidak lagi marahkan aku?  Mungkin juga benar kata ibu yang ayah tidak lagi marah pada aku.  Kalau tidak mana mungkin dia mencari aku.  Ibu cakap dia datang Pulau Pinang.  Tapi macam mana ayah tahu yang aku ada di Pulau Pinang?  Kini seribu satu pertanyaan bermain di fikiran Cikgu Siti.

    Cikgu Siti melotarkan pandangan ke luar tingkap,  matanya meliar melihat persekitaran rumahnya.  Tiba-tiba Cikgu SIti menangkap satu lembaga yang kelihatan seperti kelibat manusia.  Kelibat manusia tersebut kelihatan seperti sedang memerhatikan persekitaran rumah Cikgu Siti.  Cikgu Siti tidak dapat melihat wajah lelaki terbabit dengan jelas.  Ini kerana suasana luar hanya diterangi cahaya lampu jalan yang suram.

    Pelbagai perasaan kini bersarang di kepala Cikgu Siti.  Perasaan cuak,  takut,  gelisah,  dan terkedu semuanya ada.  Apa yang difikirkannya saat ini adalah.  Adakah lelaki itu perompak?  Tapi kalau betul perompak mengapa dia terhendap-hendap seperti mencari sesuatu?  Cikgu Siti segera menutup tingkap rumahnya.  Mujur lelaki tersebut tidak perasan akan Cikgu Siti.  Cikgu Siti kini segera memeriksa pintu rumah agar semuanya dikunci dengan selamat.

     Cikgu Siti segera berlari ke  dipenjuru katil sambil mukanya dipekup dengan bantal.  Seluruh tubuhnya mengeletar ketakutan,  bacaan ayat  kursi tidak henti dilafaskan.  Kedengaran bunyi tapak kaki orang sedang berjalan dari luar bilik rumah Cikgu Siti.  Perasaan takut kini mula menguasai.  Dalam keadaan takut Cikgu Siti perlahan-lahan mengintai sambil bantal yang dipegang tidak lepas dari genggaman.  Bercerau darahnya kini.  Nafas Cikgu Siti kini tersekat-sekat seperti orang yang menghidap lelah.  Bantal yang dipegang mengeletar mengikut sekata mengikut rentak tangannya.

     Kali ini dia hanya mengharapkan pelindungan Yang Maha Esa agar dirinya selamat dari segala ancaman yang datang.  Wanita mana yang tidak takut dan gelisah bila melihat bayang manusia berada betul-betul di luar tingkap.  Tambahan pula Cikgu Siti hanya bersendirian sahaja di rumah dan tiada sesiapa yang menemani dirinya.
 
     Dengan berbekalkan sedikit semangat yang ada dalam diri Cikgu Siti sekali lagi mengintai kearah tingkap.  Kali ini air mata Cikgu Siti turut berlinangan mengalir ke pipi. Sekali lagi Cikgu Siti terkejut apabila melihat kearah tingkap.  Seraya dengan itu daun pintu utama rumah Cikgu Siti diketuk.

Bab 3 Lakaran Hati

 
       Hari ini Razif dapat memberikan tumpuan lebih semasa belajar ini mungkin juga kerana keadaan pelajar tidak begitu ramai.  Razif merupakan pelajar yang cukup bagus dari segi pembelajaran,  ini kerana setiap kali waktu pembelajaran didalam kelas Razif sering kali dilihat memberi sepenuh tumpuan kepada pembelajaran. 

    “Razif!”  Razif menoleh kearah Hafiz.  “Kau dah nak balik ke?”

    “Ya aku dah balik.  Kenapa Hafiz?”

    “Aku cadang nak belanja kau dan Zarina makan cendol dekat kedai Cik Jah.”

    “Maaflah Hafiz aku ada hal lain kali ya.”

    “Razif sudah mahu balik ke?”  tanya cikgu Siti.

    “Ya cikgu saya mahu cepat ni.”

    “Baiklah.  Hati-hati dijalan.” 

    Razif terus mengayuh basikal keluar dari perkarangan rumah cikgu Siti.  Basikal tua pemberian ayah tercinta dikayuh dengan cermat ke kedai abang Aziz.  Razif baru sahaja diberikan perkerjaan oleh abang Aziz,  abang Aziz memberi perkerjaan mencuci kedai kepada Razif kerana itu sahaja kerja yang sesuai untuk Razif dengan usia yang baru 17 tahun.  Razif masih diberikan kesempatan untuk berkerja di kedai abang Aziz walaupun buat masa ini di kedai abang Aziz tidak perlukan pekerja.

    Abang Aziz merupakan seorang pengurus sebuah syarikat jual beli kereta tempatan.  Jadi sebagai seorang pengurus abang Aziz yang bertanggungjawab membuat pengambilan pekerja.  Selalunya Razif hanya datang bekerja pada hari jumaat dan sabtu pada sebelah petang.  Ini kerana Razif hanya bekerja sebelah petang,  kerja yang dilakukan Razif juga tidaklah terlalu susah ini kerana Razif hanya bertugas membersihkan pejabat dan mengilap kereta yang kelihatan kotor.
  
    “Razif baru sampai ke?”  soal Abang Aziz.

    “Ya baru sampai.”

     “Sudah makan atau belum?”  ramah abang Aziz bertanya pada Razif.  Memang sudah menjadi kebiasaan bagi abang Aziz untuk memastikan pekerjanya makan dahulu sebelum berkerja.

    “Sudah bang.”  ujar Razif.  “Saya buat kerja dulu la bang.”  Razif beredar pergi untuk melakukan tugasnya.

     Razif masuk ke dalam bilik stor dan menukar bajunya dengan memakai uniform kerja.  Razif mengambil barang-barang mencuci dan melangkah ke kereta yang perlu dicuci,  selalunya Razif akan mencuci kereta-kereta baru sampai di kedai dan tugas Razif hanya perlu mencuci dan menggilap kereta-kereta tersebut supaya kelihatan bersih dan pengunjung yang datang tertarik untuk membelinya.

     Setelah selesai mencuci Razif duduk berehat seketika peluh yang melekat di dahi dikesat dengan tuala yang tersangkut di leher,  topi yang tersarung di kepala lantas diambil Razif untuk dijadikan kipas bagi menghilangkan bahang panas yang terasa di badan.  Sedang Razif duduk berehat tiba-tiba seseorang datang menghulur sebungkus air.
   
     “Hafiz! Zarina!” dengan riak wajah terkejut.  “Macam mana korang tahu aku disini?”

     “Kalau ya pun ambil la cendol ni dulu buat minum.”  ujar Zarina.

     Razif mengambil bungkusan cendol dari tangan Hafiz.

     “Korang duduk la dulu” Hafiz dan Zarina pun duduk di sebelah Razif.

    “Hei! Korang berdua belum jawab lagi soalan aku.”

    Hafiz dan Zarina hanya tersenyum melihat reaksi wajah Razif, yang berkerut dahi kerana hairan bagaimana mereka boleh tahu dia berkerja di kedai kedai kereta di pekan.

    “Macam ni Razif.  Selama hari ni kami selalu ikut kau lepas balik dari buat ulangkaji.”

    “Kami kesian tengok kau buat kerja.  Itu yang kami datang bawa cendol tu.”  ujar Zarina

    “Korang ni buat susah-susahkan diri kenapa?  Aku dekat sini ok saja.”

    “Alah bukannya selalu kami datang jengguk kau dekat sini.”

    “Tapi kalau selalu pun apa salahnya.”  celah Zarina.

    “Eh betul jugak cakap Zarina ni.”  Hafiz bersetuju dengan cadangan Zarina.

    “Ahh..jangan kalau korang berdua ada disini aku langsung tak boleh buat kerja.”  ujar Razif

    Mereka bertiga ketawa serentak setelah mendengar kata-kata Razif.  Ketawa mereka sedikit sebanyak dapat mengelamkan rasa sunyi yang menyelubunggi tempat kerja Razif.  Dan ketawa mereka juga telah menarik perhatian beberapa pengunjung kedai yang datang,  yang menjadi perhatian ialah Hafiz.  Menyedari mereka menjadi perhatian orang ramai dengan segera mereka berhenti ketawa.

    “Ni kau la Hafiz ketawa kuat sangat.” rungut Zarina.

    “Aku jugak dipersalahkan.”

    “Hei sudah jangan bergaduh.  Korang berdua ni kerap sangat bergaduh,  kena la korang berdua ni  dijodohkan Allah baru tahu.”  Razif ketawa.
 
    “Razif jangan cakap macam tu.  Itu satu doa.”  ujar Zarina.

    “Tapi kalau betul ada jodoh pun apa salahnya.”  usik Hafiz.

    “Hei tolong sikit.”  Zarina membuat riak wajah seperti ingin muntah.  “Razif kenapa kau kerja dekat sini?  upah menghantar surat khabar tu tak cukup ke?”  soal Zarina.

    “Bukan tak cukup tapi aku cuma nak cari duit poket sikit.  Untuk belikan kasut sekolah dekat Aishah.”

    “Ala Razif setakat nak belikan kasut sekolah untuk Aishah tu kau mintak saja dekat aku,  aku boleh tolong kau.”   Hafiz sambil mengusap-gusap bahu Razif.

    “Selagi aku ada kudrat aku akan cuba berusaha membantu keluarga aku sendiri.  Korang berdua tak perlu risau.”

    “Beruntung mak cik Salmah dapat anak macam kau Razif!  rajin mencari duit untuk keluarga.” puji Zarina.

   “Itu dah menjadi tanggungjawab aku sebagai seorang anak untuk membantu keluarga.”  Razif cuba menahan air matanya dari keluar mengalir ke pipi,  kerana ada lagi orang yang mengambil berat tentang dirinya.

   “Razif itu bukan lelaki yang kita jumpa di kedai kasut tempoh hari?”  Zarina melontarkan pandangannya kearah lelaki tua yang sedang bersembang dengan abang Aziz.

    “Ya la pak cik tu la yang kita jumpa dekat kedai kasut hari tu.”

    “Agak-agak kau dia datang sini buat apa ya?”  soal Zarina.

    “Apalah punya soalan.”  mendegus.  “Pak cik tu datang sini mestilah dia datang nak tengok kereta.”  Hafiz memandang Zarina sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

    “Kau tau mana dia datang nak beli kereta?”  tanya Zarina sambil menggangkat kedua-dua belah keningnya.

    “Entah-entah pak cik tu datang jumpa kawan agaknya.”

    “Boleh jadi betul juga cakap kau ya.”

    “Hei pak cik tu datang sini la.”  Razif hanya memandang lelaki tua itu datang kearah mereka.

    Lelaki tua itu berjalan kearah mereka sambil senyuman tidak lekang dibibir.

   “Asalamualaikum!  Anak ni yang pak cik jumpa tempoh hari di kedai kasut?”  soal pak cik tua itu.

   “Walaikummusalam. ya sayalah yang pak cik jumpa tempoh hari.”  senyum Razif.

   “Tak sangka kita jumpa lagi hari ni.  Kamu kerja sini ke?”

    “Ya saya kerja sambilan disini,  nak cari duit poket sikit.”

   “Alhamdulillah muda-muda lagi dah pandai berdikari.”  Lelaki tua itu senang melihat kesungguhan Razif mencari wang.  “Kamu sudah makan?”

    Razif hanya mengangguk tanda beliau sudah walaupun pada hakikatnya tidak.

   “Oh ya pak cik perkenalkan nama pak cik Hassan.”  Pak cik Hassan bersalaman dengan Razif dan Hafiz.

    “Kamu Razif bukan.” Soal Pak cik Hassan pada Razif.

    “Ya saya.  Macam mana pak cik boleh tahu nama saya?”  Razif kehairanan.

    “Kamu tidak ingat ke?  Kamu yang perkenalkan diri kamu pada pak cik.  Yang lagi dua ni siapa nama?”  Pal cik Hassan bertanya dengan mesra.

    “Saya Hafiz! dan ini sepupu saya Zarina.”  jawab Hafiz.

    “Kamu semua sudah makan?  Kalau belum mari pak cik belanja kamu.” pelawa pak cik Hassan.

    “Tak apa pak cik terima kasih saja la.  Lain kali ya pak cik.”  sopan Razif dan kawan-kawannya menolak perlawaan pak cik Hassan.

    “Kalau macam tu tak apalah.  Pak cik pun sebenarnya nak cepat sebab nak jumpa kawan,  Insyaallah lain kali kita jumpa lagi.  Pak cik pergi dahulu Asalamualaikum.”

    “Walaikummusalam.”  serentak Razif, Hafiz dan Zarina menjawab salam dari pak cik Hassan.

    “Yang korang ni duduk tercegat dekat sini kenapa?”  Hafiz dan Zarina terkedu apabila dilontarkan soalan yang sebegitu.

    “Kenapa kau tanya kami macam tu?”  soal Zarina.

    “Ya la aku nak sambung kerja,  korang berdua takkan nak duduk disini.”

    “Apa salahnya.  Kami ingat nak tolong kau cuci kereta yang baru sampai ni dengan kau.”  Sambil tangannya Hafiz menunjuk kearah kereta yang berada dihadapan Razif.

    “Tapi apa kata abang Aziz nanti.”  Razif berasa bersalah jika Hafiz dan Zarina turut melakukan kerja-kerja mencuci yang pada hakikatnya kerja itu dipertanggungjawabkan oleh Razif untuk melakukannya.

    “Itu semua kecil punya hal Razif.  Kami boleh perjelaskan pada abang Razif kalau dia tanya nanti.”  pujuk Zarina.

    “Boleh la Razif?  bukan selalu kami dapat tolong kau.”

    “Erm baiklah.”

     Mereka terus melakukan kerja-kerja mencuci kereta bersama.  Kebetulan pada hari itu kereta yang perlu dicuci begitu banyak sekali jika Razif sendirian yang melakukannya mungkin tidak mampu untuk siap dalam tempoh satu hari,  mujur Razif punya sahabat seperti Hafiz dan Zarina yang sudi untuk membantunya tika senang dan susah kelak.

   Syukur padamu Ya Allah aku dikurniakan sahabat sebaik mereka dikala susah dan senangku,  tanpa mereka tidak mungkin aku dapat berdiri untuk menghadapi segala liku-liku hidupan sebagai seorang yang beriman.  Alhamdulillah aku masih diberikan kesempatan dalam kesempitan dalam menghadapi hari-hari mendatang.
    
    
  Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku duit hasil titik peluh aku berkerja selama ini,  dapat juga aku meringgankan sedikit beban mak bersusah cari duit.  Hari ni bolehlah aku bawa Aishah  pergi pekan belikan dia kasut sekolah.  Erm hari ini ada pasar malam boleh aku singgah beli barang dapur sikit untuk mak.  Tiba-tiba wajah adiknya Aman bermain difikirnnya.  Segera Razif bergegas ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari kedai Abang Aziz untuk mencari jagung rebus buat adiknya Aman.

    Banyak betul kerja hari ni  tak sempat rasanya nak berehat.  Cikgu Siti terus menyemak buku-buku latihan pelajar-pelajarnya,  Cikgu Siti menyemak setiap isi yang ditulis oleh anak muridnya dengan penuh tekun,  satu per satu buku disemak dan akhirnya semua buku berjaya disemak Cikgu Siti.  Akhirnya siap juga aku menyemak buku-buku ini.  Sudah pukul 11 malam lama jugak aku semak buku-buku ni.

    Cikgu Siti merebahkan badannya di sofa agar badannya berasa selesa setelah terlalu lama dia duduk.  Badannya berasa terlalu letih sekali,  jika ibu ada ketika ini pasti ibu akan mengurut badan aku kala aku memerlukannya.  Dikala ini hati Cikgu Siti diselubungi kerinduan kepada keluarga tercinta.  Ingin saja dicapai telefon bimbit yang berada di meja tulis dan mendail nombor telefon rumah keluarga tercinta.

     Disaat ini terbayang wajah ibunya,  jika ibunya ynag mengangkat panggilan telefon sudah pasti kerinduan pasti terubat dikala dia sedang dalam kesedihan.  Adik-adiknya pasti berebut-rebut untuk bercakap dengan kerana setiap kali Siti membuat panggilan mereka pasti aka nada cerita baru yang ingin dikongsikan bersama.  Ini kerana Siti dan adik-adiknya mempunyai hubungan yang akrab.

    Tiba-tiba Siti membatalkan niatnya untuk menelefon ibunya.  Ini kerana Siti terfikir bagaimana jikalau bapanya yang mengangkat panggilan telefon,  cukuplah ayahnya telah mengusir Siti dari rumahnya inikan mejawab panggilan telefon tak dapat dibayangkan bagaimana riaksi bapa ketika itu.   Siti masih ingat lagi disaat diusir oleh bapanya dahulu.

     Pada ketika itu tidak pernah sedetik pun dihati Siti untuk mengingkari bapanya,  Siti melakukan ini semua kerana minat dan cita-cita.  Siti telah bertolak ke Dubai untuk berkerja di sana sebagai seorang jururawat,  pemergian Siti kesana dirahsiakan pada keluarga tercinta ini kerana dia tidak mahu melukai hati bapa tercinta.

     Siti sepatutnya bertolak ke United Kingdom pada masa itu untuk melanjutkan pelajarannya dalam jurusan perniagaan,  kerana tidak minat dalam bidang perniagaan Siti tidak pergi ke United Kingdom tapi sebaliknya iaitu Dubai.  Selama pemergian Siti di Dubai dia sering kali mengirim email kepada adiknya Sharmila.  Siti telah menceritakan perkara yang sebenar kepada adiknya bahawasanya dia tidak ke United Kingdom tetapi ke Dubai,  Siti juga turut pesan kepada adiknya agar dirahsiakan perkara ini kepada keluarga.  Adiknya hanya menurut sahaja perintah kakak tercinta dengan harapan agar kakaknya berjaya dengan apa yang diimpikan selama ini.

    Suatu hari Sharmila membiarkan komputer ribanya terbuka dan satu kiriman email telah dihantar Siti.  tanpa diduga oleh Sharmila bapanya telah membaca email yang dikirimkan kepada Siti.  Segala rahsia yang disimpan kini akhirnya diketahui juga,  tetapi bapanya hanya diam membisu tanpa bersuara sehinggalah hari yang ditunggu-tunggu,  iaitu hari kepulangan Siti dari luar negara.

    Kepulangan Siti disambut meriah ahli keluarga tercinta,  semua ahli keluargan Siti menyambut kepulangan Siti ketika di lapagan terbang,  kecuali bapa tercinta Tan Sri Moktar.  Kata ibunya bapanya sibuk dan tidak sempat hadir.

    Tetapi apabila tibanya mereka semua di rumah sebaliknya pula berlaku.  Tan Sri Moktar yang sebentar tadi dikatakan pergi berkerja kini berada dirumah.  Sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah Siti terus mendapatkan bapanya,  tangan dihulur untuk bersalaman bersama bapa tercinta,  tetapi satu tamparan hinggap di pipi Siti.  Seluruh ahli keluarga mereka terkejut dengan tindakan Tan Sri Moktar.

    “Kenapa ni papa?”  soal Siti dengan nada terkejut.

   “Tak perlu papa perjelaskan kenapa.  Cukup dengan sandiwara kamu selama ini,  kau dah banyak menipu kami semua.”

    Siti kini menjadi tumpuan seluruh keluarganya.

   “Apa salah Siti abang?  Sehingga abang sanggup menampar dia?”  soal ibu Siti iaitu Mazni.

  “Dia ini anak yang kurang ajar.  Sanggup kau menipu mak dan ayah kau sendiri.  Aku suruh kau ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan,  bukan aku suruh pergi sana buat kerja lain.”

   Kali ini Tan Sri Moktar meninggikan suaranya.  Dia begitu marah sekali dengan sikap anaknya.

  “Salahkah apa yang Siti buat ni papa?  Siti cuma ingin kejar cita-cita Siti itu saja.”

  “Memang salah!  Papa buka perniagaan ni untuk kesenangan anak-anak papa,  dan papa ingin lihat anak-anak papa teruskan apa yang diusahakan papa selama ini.  Tapi kau cuba untuk hancurkan segala impian papa.”

  “Itulah masalah papa!  Tak pernah nak bagi peluang kepada kami untuk capai apa yang kami inginkan.”  jawab Siti.

  “Menjawab kau.”  Moktar mengangkat tangan dan sedia untuk dilibas ke muka Siti.  Isterinya Mazni mengambil tindakan pantas dengan menahan tangan suaminya.

  “Abang tolong jangan.”  rayu Mazni.

  “Tepi!  awak jangan masuk campur.”  Moktar menolak isterinya.  “Siti!  Mulai saat ini papa tidak mahu lagi melihat wajah kamu di rumah ini,  kamu pergilah dan buat apa yang kamu suka.”

   “Hello!”  Siti tersedar dari lamunan setelah mendengar suara yang amat dirindui melalui telefon bimbit.

   “Hello mahu cakap dengan siapa ya?”  sekali lagi suara itu bertanya.

   “Ibu!”  jawab Siti dengan nada yang terketar-ketar.

   “Siti!  Ya Allah anak mak.”  kedengaran jelas sekali suara ibunya Mazni dalam keadaan sebak.

   “Ya ibu ini Siti.”  Siti juga turut sebak setelah mendengar suara ibunya.