“Asalamualaikum.” ujar Razif.
“Walaikumusalam.” jawab Aishah menyambut kepulangan abangnya.
“Banyaknya abang beli barang.
Abang dapat duit ke hari ini?”
soal Aishah.
“Alhamdulillah hari ini abang dapat duit kerja sikit, itu yang abang beli barang dapur ni.”
“Kalau macam tu mari Aishah tolong abang angkat barang.”
Razif dan Aishah melangkah menuju kearah dapur. Kelihatan di dapur ibunya sedang menyediakan
bahan-bahan untuk memasak nasi lemak,
kelihatan adiknya Aman turut membantu ibunya memasak. Sudah menjadi satu kewajipan buat mereka jika
mak cik Salmah sedang sibuk di dapur mereka adik beradik pasti akan ringan
tulang membantu.
“Nampaknya Aman hari rajin tolong mak memasak. Nak dekat pukul 10 malam ni masih belum
tidur.” Razif melabuhkan punggungnya
diatas kerusi di meja makan.
“Abang ni! Aman kan memang rajin tolong mak memasak. Lagipun esokkan sabtu, apa salahnya Aman tolong mak sampai pagi.”
Razif mengambil jag yang berisi air teh yang berada dihadapannya lalu
dituangkan didalam cawan, seraya dengan
itu Razif meneguk air teh itu dengan penuh tertib.
“Abang minum ni baca bismilah tak?
ke main teguk saja?” tanya
Aishah.
“Alamak abang lupa la Aishah.”
jawab Razif.
“Abang ni tak senonoh la. Selalu
Abang pesan dekat kami kalau minum baca bismillah, alih-alih dia sendiri yang lupa.” rungut Aishah.
“Maaf abang lupa Aishah.”
“Erm apa la abang ni.”
tambah Aman.
“Adik abang ni pergi solat jumaat tak tadi?” soal Razif.
“Mestilah pergi! Abang ni macam
tak pecayakan Aman pulak. Sudahlah tadi
Aman tunggu abang tak balik-balik pun.”
“Bukan abang tak mahu balik. Tapi
abang banyak kerja, jadi abang solat di
masjid dekat pekan.”
“Banyak kamu beli barang! kamu
dapat gaji ke Razif.?” soal mak cik
Salmah.
“Ya mak hari ini Razif dapat duit sikit itu yang Razif beli barang
dapur.”
“Kenapa Razif beli barang dapur ni nak?” soal mak cik Salmah.
“La untuk keperluan kita la mak.”
“Itu kan wang Razif! manalah tahu Razif perlukan duit. Pasal barang dapur ni Razif jangan risau mak
boleh cari.” sayu saja suara ibunya.
“Mak! Razif kan anak mak, jadi duit ni apasalahnya Razif buat belanja
keluarga.”
Ibunya hanya diam sahaja dan menyambung semula memasak. Adiknya Aishah yang mengelap daun pisang
hanya diam sambil memerhatikan ibu yang sedang menumis sambal didalam kuali.
“Aishah!” ujar Razif.
Aishah bingkas mengalih muka kearah Razif.
“Pasal kasut sekolah…” tiba-tiba Aishah
mencelah. “Tak apa abang Aishah
faham, Aishah tak kisah pun.”
“Abang! Jagung rebus abang ada
beli tak?” beg plastik yang berada di
meja diselongkar Aman.
“Ada dalam plastik tu.” ujar
Razif. Razif bangun dari tempat duduk
dan terus melangkah ke bilik.
Aishah dan Aman teruskan rutin mereka menolong Ibu. Mak cik Salmah bergerak menuju ke meja dan
melihat apa yang dibeli Razif di pekan. Banyaknya
budak ni beli barang mesti banyak duit dia habis, takkan duit gaji dia tak simpan? Alhamdulillah syukur aku dapat anak macam
dia. Masih ada rasa tanggungjawab pada
keluarga, kalau arwah ayahnya masih ada
mesti dia suka lihat Razif begini.
“Mak!” panggil Aishah.
Mak cik Salmah terus tersedar dari lamunan.
“Kenapa ni mak? kenapa Aishah tengok mak termenung saja
ni?” soal Aishah.
“Tak ada apa Aishah.”
“Betul ke ni? ke mak tak
sihat? kalau mak tidak sihat biar Aishah
yang buat semua ni, mak pergi la
rehat.” ujar Aishah yang risau melihat ibunya
termenunug.
“Mak tak apa-apa Aishah, mak
sihat, Aishah tolong tengokkan sambal
tumis dalam kuali itu! nanti hangus
pulak.”
Aishah patuh dengan arahan ibunya,
Aishah mengambil sudip dan mengacau kuah sambal tumis itu agar kuah yang
berada dibahagian bawahnya tidak hangus,
sementara itu Aman pula sedang
sibuk mengelap daun pisang untuk dibuat bungkusan nasi lemak. Dalam sedang asyik Aishah memasak tiba-tiba
kedengaran suara Razif memangilnya.
“Aishah!” jerit Razif.
“Ya abang. Ada apa?”
“Aishah tolong ambil plastik di depan ni sekejap. Abang terlupa nak bawa tadi.” ujar Razif.
“Ala abang bawa la ke mari Aishah tengah tolong mak masak ni, tak pun suruh Aman ni ambilkan.”
Cepat saja Aman menggeleng kepala menandakan tidak mahu.
“Aishah pergi tolong abang,
sambal tumis itu biar mak yang buat.”
ibunya bergerak kearah Aishah dan mengambil sudip yang dari Aishah.
Aishah bergegas ke hadapan untuk mengambil beg plastik yang disuruh
Razif.
“Beg plastik mana abang?” soal Aishah.
“Beg plastik yang depan pintu itu.”
Razif keluar dari bilik dan terus menuju ke bilik air.
Aishah mencapai beg plastik tersebut.
Bungkusan apa ni? Aishah membuka beg plastik tersebut. Alangkah gembiranya Aishah bila melihat apa
isi dalam bungkusan tersebut, bergegas
Aishah menyerlumkan kasut sekolah itu dikaki.
Wah sepadanlah. Aishah berlari ke
bilik air, ibu dan adiknya Aman tergamam
melihat kelakuan Aishah. Aishah mengetuk
pintu bilik air. Razif yang berada di
bilik air terkejut bila pintu diketuk dengan kuat.
“Woi! siapa ni ketuk ni?” soal Razif.
“Kenapa diketuk pintu itu Aishah?”
ibunya merasa hairan melihat Aishah.
“Mak tengok kasut Aishah ni!
abang belikan yang baru.”
Daun pintu bilik air terbuka sedikit Razif menjengulkan kepalanya. Aishah yang dari tadi mengetuk pintu bilik
air terus matikan langkah, sambil
menghadiahkan sekuntum senyuman manis buat Razif.
“Ni apa yang ketuk pintu ni?”
ujar Razif.
“Aishah nak ucapkan terima kasih sebab tolong belikan kasut ni.” Aishah menunjukkan kasut sekolah yang
dipakainya.
“Oh!!! sama-sama. Dah la kacau saja abang nak mandi ni.” Razif menutup kembali pintu bilik air.
“Maaf.” ujar Aishah.
Cikgu Siti termenung di birai tingkap.
Malam ini angin begitu kuat sekali sehingga seluruh tubuh Cikgu Siti
berasa dingin sekali bila setiap hembusan angin meniup seluruh tubuhnya. Cikgu Siti mendogak ke langit. Terang sungguh cahaya bulan malam ini, ditambahkan lagi seri dengan cahaya bintang
yang memagari bulan. Alangkah bertuahnya
jikalau aku dapat mengapai bintang itu dengan mudah. Mana mungkin aku ini boleh capai bintang itu
dengan begitu mudah sekali.
Agaknya inilah yang aku lalui sepanjang perjalanan aku demi bergelar
pendidik bangsa. Begitu banyak sekali
cubaan yang melanda. Teringgat lagi Siti
ketika mula-mula sekali dia ditugaskan menjadi guru, ketika itu Siti telah dihantar ke Sarawak dan
pada masa yang sama dia perlu mengajar di kawasan pendalaman. Pada masa itu cabaran pertama yang harus
ditempuh Siti ialah menaiki rakit untuk ke sekolah. Saat itu tidak tergambar perasaannya sewaktu
pertama kali menaiki rakit ke sekolah,
berbagai perkara negetif difikirkan Siti, apakah dia akan selamat sampai ke
sekolah. Di bibir Cikgu Siti tidak
henti-henti mengucap syahadah memohon pelindungan dari Yang Maha Esa.
“Kakak! Janganlah takut semuanya
selamat.” ujar seorang pelajar perempuan
yang sama-sama menaiki rakit bersama Cikgu Siti.
Cikgu Siti menghadiahkan sekuntum senyuman buat pelajar tersebut. Kerana saat ini Cikgu Siti tidak mampu berkata-kata kerana
perasaan takut telah menguasai diri.
“Cikgu ni baru lagi disini ke?
tanya lelaki yang berusia lewat 40an yang sedang ligat mendayung rakit
menyusuri sungai.
“Ya saya masih baru lagi disini.”
jawab Cikgu Siti.
“Jangan takut cikgu. Insyaallah
tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya
sudah lama mendayung rakit ni bawa budak-budak sekolah. Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang
berlaku.” lelaki itu teruskan mendayung.
“Cikgu tengok kita sudah
sampai.” ujar pelajar perempuan tersebut.
Cikgu Siti hanya mengangukkan kepala tanda faham apa yang dikatakan
pelajar terbabit. Saat itu Cikgu Siti
boleh melepaskan nafas lega dan bersyukur kerana dia telah selamat sampai. Tetapi Cikgu Siti belum tahu lagi apa cabaran
yang perlu dia atasi sesudah sampai di sekolah.
Sebaik melangkah dari rakit itu Cikgu Siti perlu berjalan sejauh satu
kilometer untuk sampai ke sekolah.
Begitulah cabaran yang dia terpaksa hadapi ketika mengajar di Sarawak sepanjang
dua tahun. Dan ada satu peristiwa yang mungkin tidak
akan padam di ingatan Cikgu Siti semasa mengajar di Sarawak.
Seperti guru-guru lain Cikgu Siti masuk mengajar seperti biasa pada
waktu pagi. Ini kerana jadual waktu
Cikgu Siti pada waktu pagi memang selalunya padat. Ketika Cikgu Siti keluar dari bilik guru
untuk mengajar tiba-tiba langkah mati.
Langkah Cikgu Siti mati kerana melihat pelajarnya Fuad serta bapanya
berdiri di hadapan tangga yang berdekatan dengan bilik guru. Fuad hanya tunduk membisu tetapi bapanya
hanya merenung wajah Cikgu Siti dengan parang panjang terselit rapi di
pinggangnya. Cikgu Siti menjadi kecut
apabila ditenung bapa Fuad.
“Kenapa orang tua ini memandang aku semacam saja ni? kenapa Fuad turut ada sekali disitu? Ayah Fuad agaknya lelaki tua ini! Fuad panggil
ayahnya sebab hal semalam ke?” bisik
hati Cikgu Siti. Semalam secara tidak
sengaja Cikgu Siti telah memarahi dan telah merotan Fuad. Ini kerana Fuad tidak mahu belajar dan sering
menggangu rakan-rakan lain. Tetapi
semalam Cikgu Siti hilang sabar dengan perangai Fuad oleh kerana itu Fuad telah
dirotan oleh CIkgu Siti.
“Ini Cikgu Siti ke?” soal lelaki
yang berkemungkinan bapa Fuad.
“Ya saya Cikgu Siti! Pak cik ini
ayah Fuad ke?” Cikgu Siti menjawab dalam
nada yang agak gugup, kerana takut akan
di apa-apakan oleh bapa Fuad.
Bapa Fuad menghampiri Cikgu Siti.
Fuad turut ditarik bersama-sama denganya. KIni mereka berdua berdiri dihadapan Cikgu
Siti. Jantung Cikgu Siti berdebar dengan
kedatangan bapa Fuad.
“Cikgu! saya datang ke mari sebab
nak cakap pasal anak saya.” bapa Fuad
bersuara.
“Pasal apa ya pakcik?” tanya Cikgu Siti.
“Ini pasal yang cikgu merotan dia semalam.”
Kini dada Cikgu Siti semakin berdebar,
jantungnya berdegup kencang memikirkan apa yang bakal berlaku padanya
kelak.
“Kalau pasal semalam saya be..tul.” tidak sempat CIkgu Siti mahu menghabiskan
ayatnya tiba-tiba bapa Fuad mencelah.
“Pasal semalam cikgu tidak perlu meminta maaf. Saya sebenarnya yang perlu minta maaf pada
cikgu. Anak saya ini memang nakal sikit
dan dia ini memang tidak suka belajar.
Jadi saya minta sangat cikgu ajarlah dia sebaik mungkin. Kalau dia tidak mahu belajar, cikgu rotan si Fuad ini. Kalau tidak cukup cikgu guna la parang ni
sampai dia mahu belajar.” bapa Fuad
menghulurkan parang yang terselit di pinggang.
“Err..pak cik tak perlu sampai begini sekali.” Cikgu Siti terkejut dengan tindakan bapa
Fuad.
“Cikgu tolonglah didik dia cikgu.
Saya ini orang susah hanya dia sahaja harapan saya. Jadi cikgu tolonglah ajar dia, saya mohon cikgu.” air mata tua bapa Fuad akhirnya mengalir
membasahi pipi.
“Pak cik! saya janji dengan pak
cik yang saya akan didik Fuad ini seperti apa yang pak cik inginkan. Kerana itu adalah tugas saya sebagai
pendidik.”
Siti sungguh tidak pecaya bahawa masih ada orang yang tinggal di kawasan
pendalaman yang begitu menitik beratkan pendidikan. Ini kerana sebelum Siti berangkat ke Sarawak
ada dari teman-temannya berkata bahawa orang didalam kawasan pendalaman ini
tidak menitik beratkan pembelajaran,
jadi kita perlu berusaha mendidik mereka dengan memberitahu mereka
bahawa dengan ilmu mereka boleh meneroka dunia ciptaan Ilahi. Tetapi sebaliknya dengan situasi yang dialami
Siti. Ternyata begitu utuh sekali kasih
bapa Fuad yang ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran sehingga sanggup
berjumpa dan merayu kepada Siti agar mengajar Fuad walaupun anaknya tidak
berminat untuk belajar.
Begitu kasih sekali sayang bapa Fuad sehingga sanggup memberi sebilah
parang kepada aku, bertujuan untuk
menakutkan anaknya. Untung Fuad dapat
ayah yang selalu mengambil berat terhadap dirinya. Aku dengar kata Fuad peroleh lima A dalam
peperiksaan UPSR. Alhamdulillah nasib
ayahnya berkeras untuk Fuad terus rajin belajar. Kini Cikgu Siti bangkit dari dunia realiti
apabila teringatkan kata-kata ibunya semasa mereka berbual melalui telefon sebentar tadi.
Benarkah ayah tidak lagi marahkan aku?
Mungkin juga benar kata ibu yang ayah tidak lagi marah pada aku. Kalau tidak mana mungkin dia mencari
aku. Ibu cakap dia datang Pulau
Pinang. Tapi macam mana ayah tahu yang
aku ada di Pulau Pinang? Kini seribu
satu pertanyaan bermain di fikiran Cikgu Siti.
Cikgu Siti melotarkan pandangan ke luar tingkap, matanya meliar melihat persekitaran
rumahnya. Tiba-tiba Cikgu SIti menangkap
satu lembaga yang kelihatan seperti kelibat manusia. Kelibat manusia tersebut kelihatan seperti
sedang memerhatikan persekitaran rumah Cikgu Siti. Cikgu Siti tidak dapat melihat wajah lelaki
terbabit dengan jelas. Ini kerana suasana
luar hanya diterangi cahaya lampu jalan yang suram.
Pelbagai perasaan kini bersarang di kepala Cikgu Siti. Perasaan cuak, takut,
gelisah, dan terkedu semuanya
ada. Apa yang difikirkannya saat ini
adalah. Adakah lelaki itu perompak? Tapi kalau betul perompak mengapa dia terhendap-hendap
seperti mencari sesuatu? Cikgu Siti
segera menutup tingkap rumahnya. Mujur
lelaki tersebut tidak perasan akan Cikgu Siti.
Cikgu Siti kini segera memeriksa pintu rumah agar semuanya dikunci
dengan selamat.
Cikgu Siti segera berlari ke dipenjuru katil sambil mukanya dipekup dengan
bantal. Seluruh tubuhnya mengeletar
ketakutan, bacaan ayat kursi tidak henti dilafaskan. Kedengaran bunyi tapak kaki orang sedang
berjalan dari luar bilik rumah Cikgu Siti.
Perasaan takut kini mula menguasai.
Dalam keadaan takut Cikgu Siti perlahan-lahan mengintai sambil bantal
yang dipegang tidak lepas dari genggaman.
Bercerau darahnya kini. Nafas
Cikgu Siti kini tersekat-sekat seperti orang yang menghidap lelah. Bantal yang dipegang mengeletar mengikut
sekata mengikut rentak tangannya.
Kali ini dia hanya mengharapkan pelindungan Yang Maha Esa agar dirinya
selamat dari segala ancaman yang datang.
Wanita mana yang tidak takut dan gelisah bila melihat bayang manusia
berada betul-betul di luar tingkap.
Tambahan pula Cikgu Siti hanya bersendirian sahaja di rumah dan tiada
sesiapa yang menemani dirinya.
Dengan berbekalkan sedikit semangat yang ada dalam diri Cikgu Siti
sekali lagi mengintai kearah tingkap.
Kali ini air mata Cikgu Siti turut berlinangan mengalir ke pipi. Sekali
lagi Cikgu Siti terkejut apabila melihat kearah tingkap. Seraya dengan itu daun pintu utama rumah
Cikgu Siti diketuk.
Bagus bab ni. Cuma seperti tadi, jaga perenggan ya...
BalasPadam