Isnin, 28 Mei 2012

Bab 6 Lakaran Hati


    Hari ini agak lewat juga Razif pulang kerumah.  Terpancar keletihan di wajah Razif.  Badan yang terasa letih perlahan-lahan dibaringkan.  Seperti selalu Razif sering pulang lewat kerumah,  ini kerana Razif akan selalu memastikan bahawa kerja sekolahnya siap dahulu sebelum balik.  Ini memang menjadi kebiasaan buat dirinya agar tidak selalu menanguhkan kerja.  Razif mengesat peluh di dahi.  Dia membuka jendela kamarnya.  Angin dari luar meniup dingin sekali,  terasa dingin wajahnya ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. 
 
    Razif melontar pandangannya ke luar kamar.  Dia menikmati ketenangan petang yang damai.  Dahan-dahan pokok beralun ditiup angin,  setiap alunan disertakan dengan daun –daun kering berguguran jatuh ke bumi.  Dalam melayani udara segar terlintas di benak fikirannya tentang peristiwa yang berlaku pada gurunya Cikgu Siti.
    Tidak pernah terduga difikirannya yang perkara sebegitu terjadi terhadap gurunya itu.  Mujur yang ayah Zarina Pak Cik Azman yang kebetulan berada diluar rumah.  Terus bertindak untuk melihat apa yang terjadi.  Nasib tiada apa-apa yang berlaku.  “Apalah nak jadi dengan manusia sekarang ini,  sudah tiada kerja yang halal lagikah didunia ini?  sampai kerja yang tidak baik juga dipilih.”  Razif mengeluh.
    Razif berjalan menuju ke meja tulis.  Seruling yang berada di atas meja diambil.  Perlahan-lahan Razif meniup seruling itu.  Alunan iramanya sungguh syahdu bila didengar.  Rentak irama yang perlahan dan klasik itu boleh membuatkan sesiapa saja jatuh cinta bila mendengarnya.  Bak mengerti alunan muzik yang berbunyi,  pohon pohon yang rendang jua turut beralun mengikut irama yang dimainkan.  Burung-burung yang berterbangan juga turut berkicauan seolah-olah turut sama menyanyi.
    Tanpa disedari Razif alunan muzik yang dia mainkan telah menarik minat seseorang yang kebetulan lalu dihadapan rumahnya.  Pak cik Hassan yang secara tidak sengaja yang melintasi kawasan rumah Razif telah mendengar alunan muzik etnik yang bergema.  Pak cik Hassan memberhentikan kenderaan dia cuba mencari dari mana datangnya bunyi tiupan seruling itu.  Pak cik Hassan terus melangkah mencari bunyi tiupan seruling sehingga bertemuanya dia dengan sebuah rumah.
    Pak cik Hassan melihat disekeliling kawasan rumah tersebut.  Siapa agaknya yang bermain muzik ini?  Sungguh berbakat orang ini.  Aku harus tahu siapa dirinya.  Pak cik Hassan melangkah ruang hadapan rumah.
    “Asalamualaikum.”  Pak cik Hassan memberi salam.  Matanya turut meliar dikawasan sekeliling agar-agar ada kelibat manusia disitu.  Razif yang mendengar paluan suara orang memberi salam dia terus mematikan tiupan serulingnya.
 
    “Waalaikummusalam.”  Razif bingkas kehadapan untuk melihat siapa yang datang kerumahnya.  Pintu dikuak dan kelihatan seorang lelaki tua berdiri di hadapan halaman rumahnya sambil senyuman terukir dibibir.
    “Pak cik Hassan!”  ujar Razif.  Pak cik Hassan hanya menguntumkan senyuman buat Razif.  Seruling yang berada ditangan Razif seolah-olah memberikan satu jawapan buat pertanyaan yang bermain difikirannya.
    “Adakah kamu yang bermain seruling itu tadi?”  Pak cik Hassan cuba untuk mendapatkan kepastian dari Razif.
    Razif hanya mengangguk tanda benar apa yang dikatakan Pak cik Hassan.  Pak cik Hassan tergelak kecil.  Tidak disangka bahawa orang yang meniup seruling itu adalah seorang anak muda yang dia kenali.  Razif turut mengukir senyuman walaupun dia tidak mengerti apa yang membuatkan lelaki tua itu tersenyum.
    “Boleh  kamu mainkan satu lagu untuk Pak cik lagi?”  Pak cik Hassan membuat satu permintaan agar Razif mainkan satu lagu buatnya.  “Tapi kalau boleh bukan sekarang.  Sebab Pak cik mahu kamu mainkan satu lagu ini bersama Pak cik.  Boleh?”  Saat ini Pak cik Hassan seperti ada hajat yang mahu dilaksanakan.
    “Boleh!  tapi bila?”  Razif seakan-akan teruja dan ada tercalit sedikit perasaan ingin tahu dalam hati.
    “Kalau macam itu esok Pak cik datang ke rumah kamu! Boleh?”  Pak cik Hassan memberi cadangan.

    Cadangan Pak cik Hasaan itu disambut dengan hangukkan dari Razif.


    Malam ini sungguh dingin sekali.  Kemungkinan besar malam ini dingin disebabkan hujan turun dengan lebat sekali semasa petang tadi.  Sungguh enak rasanya kala ini Pak cik Hassan menghirup secawan kopi panas lagi pekat,  ditambah pula dengan rasanya yang kurang manis.  Memang sudah menjadi adat bagi sesiapa sahaja jika waktu hujan sebegini pasti akan mencari minuman panas.  Ini bagi memberi sedikit kesegaran kepada tubuh badan.
    Pak cik Hassan menghirup lagi air kopi.  Perlahan-lahan air kopi diletakkan diatas meja.  Seketika kemudian dia terfikirkan sesuatu.  Difikirannya dia seperti mahu mengambil sesuatu.  Tetapi Pak cik Hassan tidak dapat ingat apa yang mahu dibuatnya.  Pak cik Hassan mengeleng kepala samba; tangan kanan diletakkan didahi.
    Muzik!  Itu yang terlintas difikiran Pak cik Hassan.  Seolah-olah perkataan muzik itu bagai terbang dan hinggap di kepala Pak cik Hassan sehingga dia ingat semula  yang difikirkannya sebentar tadi.  Pak cik Hassan terus masuk ke kamarnya,  sepertinya ada sesuatu yang penting harus dilakukan.  Kerusi merah yang berada dihadapan cermin diambil dan diletakkan dihadapan almari baju.  Pak cik Hassan mengambil kotak yang kelihatan sudah usang.  Kotak yang penuh dibaluti debu-debu kekotoran itu diletakkan diatas meja.
 
    Pak cik Hassan meniup kotak tersebut.  Berterbangan debu yang melekat dikotak itu.  Pak cik Hassan melibas-libas tangannya menepis debu yang berterbangan dari masuk ke dalam rongga hidungnya.  Kotak dibuka,  perlahan-lahan Pak cik Hassan menyentuh isi didalam kotak itu.  Biola yang terletak kemas diambil.  Sudah lama tidak disentuh alat muzik yang dahulunya menjadi teman yang sebati dalam dirinya.  Pak cik Hassan mula mengesek biola itu perlaha-lahan.  Biola itu mengeluarkan bunyi yang cukup indah.  Taktakala melodi berkumandang mengikut alunan,  air mata Pak cik Hassan juga turut mengalir juga.  Sudah lama rasanya dia tidak mengesek biola.  Terusik rasa rindu didalam hatinya.
    Pak cik Hassan mematikan langkah tangannya dari terus mengesek tali biola.  Air mata dikesat.  Tidak tertahan lagi rasa hati apabila terkenangkan masa lampau.


    Hari ini Cikgu Siti bermalam dirumah sahabatnya Anida.  Sebenarnya berat rasa hati Cikgu Anida untuk menumpang dirumah sahabatnya itu.  Maklumlah dia tidak mahu menyusahkan mereka sekeluarga,  terdetik juga dihati Cikgu Siti untuk mengajak Cikgu Anida untuk menjadi temannya dirumah.  Dengan pantas Cikgu Anida menolak.  Mana tidaknya mendengar cerita Cikgu Siti saja sudah mengerunkan Cikgu Anida,  inikan pula menghadapinya sendiri.
    Sebentar tadi ketika sedang makan malam bersama keluarga Cikgu Anida. Cikgu Anida telah menceritakan tentang kejadian malang yang berlaku keatas Cikgu Siti kepada kedua ibu dan ayahnya.  Ayah Cikgu Anida kaget apabila mendengar perkhabaran tersebut.  Setahunya sepanjang berhikmat sebagai ketua kampung tidak pernah berlaku kejadian yang sebegini rupa.
 
    “Betul ke apa yang Anida ceritakan ni Siti?”  Haji Lokman mahu penjelasan sebenar dari Siti.
    “Betul pak cik!  apa yang telah Anida ceritakan ini semuanya betul.”  jelas Siti.
     Selera makan Haji Lokman terus mati apabila mendengar sendiri pengakuan dari Siti.  Nampak gayanya selepas solat isyak di masjid nanti dia harus melakukan mesyuarat menggejut dengan ajk-ajk kampung.
    “Abang!”  tegur Hajjah Mawar.  Isteri Haji Lokman.  “Awak kenapa ni.”  Isterinya hairan apabila melihat Haji Lokman tiba-tiba saja termenung.
    “Saya fikir lepas  solat isyak nanti saya mahu adakan mesyuarat dengan ajk-ajk kampung kita ini.  Saya fikir kita harus ambil langkah berjaga-jaga sebelum apa-apa terjadi.”  ujar Haji Lokman dengan tegas.  Dia cukup risau akan keselamatan di kampung ini tercemar dek kerana dengan adanya golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab dengan mencari jalan mudah dengan hanya mencuri.

    “Apa yang dimenungkan itu Siti.”  Anida masuk ke dalam kamar sambil membawa buku latiha pelajarnya untuk disemak.
    “Tidak ada apa-apa!”  Siti tersedar dari mimpi sendiri.
    “Anida aku tanya sikit boleh tak?”
     Anida memandang Siti dengan sekali pandang.  “Tak boleh.”
    Siti hanya diam bila ayat itu yang keluar dari mulut Anida.
    Kemudian kedengaran gelak ketawa dari mulut Anida.  Siti memandang wajah sahabatnya.
    “Aku main-main saja la.  Kau jangan la ambik hati dengan aku.”  Anida masih lagi ketawa.
    Anida berhenti menyemak buku.  Kini pandangannya tetumpu kepada Siti.
 
    “Apa yang kau nak tanya aku tadi?”  Anida beralih kepada soalan yang ingin ditanya Siti sebentar tadi.
   “Aku mahu tanya sudah lama ka ayah kau bertugas sebagai ketua kampung?”  soal Siti.
    Disangkakan solan apa yang hendak ditanyakan.  Rupanya soalan yang agak senang untuk dijawab Anida pula yang ditanya.  Anida sangkakan Siti mahu tanya bila yang dia mahu menamatkan zaman bujang.  Maklumlah setiap kali dia duduk berbual dengan sahabat-sahabatnya,  pasti soalan bila dia hendak berumah tangga yang sering diajukan.
     “Lamalah jugak!”
    “Oh..patutlah kau ni popular dekat kampung ni ya.  Rupanya anak ketua kampung.”  usik Siti.
    “Mana ada.”  Anida mula rasa malu bila diusik Siti.
    “Boleh pecaya ke kau ni.”
     Kali ini tumpuan Anida untuk menyemak buku terganggu dengan usikan nakal dari Siti.  Mereka sama-sama ketawa.  Tiba-tiba ketawa menjadi mati seketika setelah telefon bimbit Siti berdering.  Wajah Siti sedikit berubah apabila menjawab panggilan tersebut.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan