Isnin, 30 April 2012

Bab 3 Lakaran Hati

 
       Hari ini Razif dapat memberikan tumpuan lebih semasa belajar ini mungkin juga kerana keadaan pelajar tidak begitu ramai.  Razif merupakan pelajar yang cukup bagus dari segi pembelajaran,  ini kerana setiap kali waktu pembelajaran didalam kelas Razif sering kali dilihat memberi sepenuh tumpuan kepada pembelajaran. 

    “Razif!”  Razif menoleh kearah Hafiz.  “Kau dah nak balik ke?”

    “Ya aku dah balik.  Kenapa Hafiz?”

    “Aku cadang nak belanja kau dan Zarina makan cendol dekat kedai Cik Jah.”

    “Maaflah Hafiz aku ada hal lain kali ya.”

    “Razif sudah mahu balik ke?”  tanya cikgu Siti.

    “Ya cikgu saya mahu cepat ni.”

    “Baiklah.  Hati-hati dijalan.” 

    Razif terus mengayuh basikal keluar dari perkarangan rumah cikgu Siti.  Basikal tua pemberian ayah tercinta dikayuh dengan cermat ke kedai abang Aziz.  Razif baru sahaja diberikan perkerjaan oleh abang Aziz,  abang Aziz memberi perkerjaan mencuci kedai kepada Razif kerana itu sahaja kerja yang sesuai untuk Razif dengan usia yang baru 17 tahun.  Razif masih diberikan kesempatan untuk berkerja di kedai abang Aziz walaupun buat masa ini di kedai abang Aziz tidak perlukan pekerja.

    Abang Aziz merupakan seorang pengurus sebuah syarikat jual beli kereta tempatan.  Jadi sebagai seorang pengurus abang Aziz yang bertanggungjawab membuat pengambilan pekerja.  Selalunya Razif hanya datang bekerja pada hari jumaat dan sabtu pada sebelah petang.  Ini kerana Razif hanya bekerja sebelah petang,  kerja yang dilakukan Razif juga tidaklah terlalu susah ini kerana Razif hanya bertugas membersihkan pejabat dan mengilap kereta yang kelihatan kotor.
  
    “Razif baru sampai ke?”  soal Abang Aziz.

    “Ya baru sampai.”

     “Sudah makan atau belum?”  ramah abang Aziz bertanya pada Razif.  Memang sudah menjadi kebiasaan bagi abang Aziz untuk memastikan pekerjanya makan dahulu sebelum berkerja.

    “Sudah bang.”  ujar Razif.  “Saya buat kerja dulu la bang.”  Razif beredar pergi untuk melakukan tugasnya.

     Razif masuk ke dalam bilik stor dan menukar bajunya dengan memakai uniform kerja.  Razif mengambil barang-barang mencuci dan melangkah ke kereta yang perlu dicuci,  selalunya Razif akan mencuci kereta-kereta baru sampai di kedai dan tugas Razif hanya perlu mencuci dan menggilap kereta-kereta tersebut supaya kelihatan bersih dan pengunjung yang datang tertarik untuk membelinya.

     Setelah selesai mencuci Razif duduk berehat seketika peluh yang melekat di dahi dikesat dengan tuala yang tersangkut di leher,  topi yang tersarung di kepala lantas diambil Razif untuk dijadikan kipas bagi menghilangkan bahang panas yang terasa di badan.  Sedang Razif duduk berehat tiba-tiba seseorang datang menghulur sebungkus air.
   
     “Hafiz! Zarina!” dengan riak wajah terkejut.  “Macam mana korang tahu aku disini?”

     “Kalau ya pun ambil la cendol ni dulu buat minum.”  ujar Zarina.

     Razif mengambil bungkusan cendol dari tangan Hafiz.

     “Korang duduk la dulu” Hafiz dan Zarina pun duduk di sebelah Razif.

    “Hei! Korang berdua belum jawab lagi soalan aku.”

    Hafiz dan Zarina hanya tersenyum melihat reaksi wajah Razif, yang berkerut dahi kerana hairan bagaimana mereka boleh tahu dia berkerja di kedai kedai kereta di pekan.

    “Macam ni Razif.  Selama hari ni kami selalu ikut kau lepas balik dari buat ulangkaji.”

    “Kami kesian tengok kau buat kerja.  Itu yang kami datang bawa cendol tu.”  ujar Zarina

    “Korang ni buat susah-susahkan diri kenapa?  Aku dekat sini ok saja.”

    “Alah bukannya selalu kami datang jengguk kau dekat sini.”

    “Tapi kalau selalu pun apa salahnya.”  celah Zarina.

    “Eh betul jugak cakap Zarina ni.”  Hafiz bersetuju dengan cadangan Zarina.

    “Ahh..jangan kalau korang berdua ada disini aku langsung tak boleh buat kerja.”  ujar Razif

    Mereka bertiga ketawa serentak setelah mendengar kata-kata Razif.  Ketawa mereka sedikit sebanyak dapat mengelamkan rasa sunyi yang menyelubunggi tempat kerja Razif.  Dan ketawa mereka juga telah menarik perhatian beberapa pengunjung kedai yang datang,  yang menjadi perhatian ialah Hafiz.  Menyedari mereka menjadi perhatian orang ramai dengan segera mereka berhenti ketawa.

    “Ni kau la Hafiz ketawa kuat sangat.” rungut Zarina.

    “Aku jugak dipersalahkan.”

    “Hei sudah jangan bergaduh.  Korang berdua ni kerap sangat bergaduh,  kena la korang berdua ni  dijodohkan Allah baru tahu.”  Razif ketawa.
 
    “Razif jangan cakap macam tu.  Itu satu doa.”  ujar Zarina.

    “Tapi kalau betul ada jodoh pun apa salahnya.”  usik Hafiz.

    “Hei tolong sikit.”  Zarina membuat riak wajah seperti ingin muntah.  “Razif kenapa kau kerja dekat sini?  upah menghantar surat khabar tu tak cukup ke?”  soal Zarina.

    “Bukan tak cukup tapi aku cuma nak cari duit poket sikit.  Untuk belikan kasut sekolah dekat Aishah.”

    “Ala Razif setakat nak belikan kasut sekolah untuk Aishah tu kau mintak saja dekat aku,  aku boleh tolong kau.”   Hafiz sambil mengusap-gusap bahu Razif.

    “Selagi aku ada kudrat aku akan cuba berusaha membantu keluarga aku sendiri.  Korang berdua tak perlu risau.”

    “Beruntung mak cik Salmah dapat anak macam kau Razif!  rajin mencari duit untuk keluarga.” puji Zarina.

   “Itu dah menjadi tanggungjawab aku sebagai seorang anak untuk membantu keluarga.”  Razif cuba menahan air matanya dari keluar mengalir ke pipi,  kerana ada lagi orang yang mengambil berat tentang dirinya.

   “Razif itu bukan lelaki yang kita jumpa di kedai kasut tempoh hari?”  Zarina melontarkan pandangannya kearah lelaki tua yang sedang bersembang dengan abang Aziz.

    “Ya la pak cik tu la yang kita jumpa dekat kedai kasut hari tu.”

    “Agak-agak kau dia datang sini buat apa ya?”  soal Zarina.

    “Apalah punya soalan.”  mendegus.  “Pak cik tu datang sini mestilah dia datang nak tengok kereta.”  Hafiz memandang Zarina sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

    “Kau tau mana dia datang nak beli kereta?”  tanya Zarina sambil menggangkat kedua-dua belah keningnya.

    “Entah-entah pak cik tu datang jumpa kawan agaknya.”

    “Boleh jadi betul juga cakap kau ya.”

    “Hei pak cik tu datang sini la.”  Razif hanya memandang lelaki tua itu datang kearah mereka.

    Lelaki tua itu berjalan kearah mereka sambil senyuman tidak lekang dibibir.

   “Asalamualaikum!  Anak ni yang pak cik jumpa tempoh hari di kedai kasut?”  soal pak cik tua itu.

   “Walaikummusalam. ya sayalah yang pak cik jumpa tempoh hari.”  senyum Razif.

   “Tak sangka kita jumpa lagi hari ni.  Kamu kerja sini ke?”

    “Ya saya kerja sambilan disini,  nak cari duit poket sikit.”

   “Alhamdulillah muda-muda lagi dah pandai berdikari.”  Lelaki tua itu senang melihat kesungguhan Razif mencari wang.  “Kamu sudah makan?”

    Razif hanya mengangguk tanda beliau sudah walaupun pada hakikatnya tidak.

   “Oh ya pak cik perkenalkan nama pak cik Hassan.”  Pak cik Hassan bersalaman dengan Razif dan Hafiz.

    “Kamu Razif bukan.” Soal Pak cik Hassan pada Razif.

    “Ya saya.  Macam mana pak cik boleh tahu nama saya?”  Razif kehairanan.

    “Kamu tidak ingat ke?  Kamu yang perkenalkan diri kamu pada pak cik.  Yang lagi dua ni siapa nama?”  Pal cik Hassan bertanya dengan mesra.

    “Saya Hafiz! dan ini sepupu saya Zarina.”  jawab Hafiz.

    “Kamu semua sudah makan?  Kalau belum mari pak cik belanja kamu.” pelawa pak cik Hassan.

    “Tak apa pak cik terima kasih saja la.  Lain kali ya pak cik.”  sopan Razif dan kawan-kawannya menolak perlawaan pak cik Hassan.

    “Kalau macam tu tak apalah.  Pak cik pun sebenarnya nak cepat sebab nak jumpa kawan,  Insyaallah lain kali kita jumpa lagi.  Pak cik pergi dahulu Asalamualaikum.”

    “Walaikummusalam.”  serentak Razif, Hafiz dan Zarina menjawab salam dari pak cik Hassan.

    “Yang korang ni duduk tercegat dekat sini kenapa?”  Hafiz dan Zarina terkedu apabila dilontarkan soalan yang sebegitu.

    “Kenapa kau tanya kami macam tu?”  soal Zarina.

    “Ya la aku nak sambung kerja,  korang berdua takkan nak duduk disini.”

    “Apa salahnya.  Kami ingat nak tolong kau cuci kereta yang baru sampai ni dengan kau.”  Sambil tangannya Hafiz menunjuk kearah kereta yang berada dihadapan Razif.

    “Tapi apa kata abang Aziz nanti.”  Razif berasa bersalah jika Hafiz dan Zarina turut melakukan kerja-kerja mencuci yang pada hakikatnya kerja itu dipertanggungjawabkan oleh Razif untuk melakukannya.

    “Itu semua kecil punya hal Razif.  Kami boleh perjelaskan pada abang Razif kalau dia tanya nanti.”  pujuk Zarina.

    “Boleh la Razif?  bukan selalu kami dapat tolong kau.”

    “Erm baiklah.”

     Mereka terus melakukan kerja-kerja mencuci kereta bersama.  Kebetulan pada hari itu kereta yang perlu dicuci begitu banyak sekali jika Razif sendirian yang melakukannya mungkin tidak mampu untuk siap dalam tempoh satu hari,  mujur Razif punya sahabat seperti Hafiz dan Zarina yang sudi untuk membantunya tika senang dan susah kelak.

   Syukur padamu Ya Allah aku dikurniakan sahabat sebaik mereka dikala susah dan senangku,  tanpa mereka tidak mungkin aku dapat berdiri untuk menghadapi segala liku-liku hidupan sebagai seorang yang beriman.  Alhamdulillah aku masih diberikan kesempatan dalam kesempitan dalam menghadapi hari-hari mendatang.
    
    
  Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku duit hasil titik peluh aku berkerja selama ini,  dapat juga aku meringgankan sedikit beban mak bersusah cari duit.  Hari ni bolehlah aku bawa Aishah  pergi pekan belikan dia kasut sekolah.  Erm hari ini ada pasar malam boleh aku singgah beli barang dapur sikit untuk mak.  Tiba-tiba wajah adiknya Aman bermain difikirnnya.  Segera Razif bergegas ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari kedai Abang Aziz untuk mencari jagung rebus buat adiknya Aman.

    Banyak betul kerja hari ni  tak sempat rasanya nak berehat.  Cikgu Siti terus menyemak buku-buku latihan pelajar-pelajarnya,  Cikgu Siti menyemak setiap isi yang ditulis oleh anak muridnya dengan penuh tekun,  satu per satu buku disemak dan akhirnya semua buku berjaya disemak Cikgu Siti.  Akhirnya siap juga aku menyemak buku-buku ini.  Sudah pukul 11 malam lama jugak aku semak buku-buku ni.

    Cikgu Siti merebahkan badannya di sofa agar badannya berasa selesa setelah terlalu lama dia duduk.  Badannya berasa terlalu letih sekali,  jika ibu ada ketika ini pasti ibu akan mengurut badan aku kala aku memerlukannya.  Dikala ini hati Cikgu Siti diselubungi kerinduan kepada keluarga tercinta.  Ingin saja dicapai telefon bimbit yang berada di meja tulis dan mendail nombor telefon rumah keluarga tercinta.

     Disaat ini terbayang wajah ibunya,  jika ibunya ynag mengangkat panggilan telefon sudah pasti kerinduan pasti terubat dikala dia sedang dalam kesedihan.  Adik-adiknya pasti berebut-rebut untuk bercakap dengan kerana setiap kali Siti membuat panggilan mereka pasti aka nada cerita baru yang ingin dikongsikan bersama.  Ini kerana Siti dan adik-adiknya mempunyai hubungan yang akrab.

    Tiba-tiba Siti membatalkan niatnya untuk menelefon ibunya.  Ini kerana Siti terfikir bagaimana jikalau bapanya yang mengangkat panggilan telefon,  cukuplah ayahnya telah mengusir Siti dari rumahnya inikan mejawab panggilan telefon tak dapat dibayangkan bagaimana riaksi bapa ketika itu.   Siti masih ingat lagi disaat diusir oleh bapanya dahulu.

     Pada ketika itu tidak pernah sedetik pun dihati Siti untuk mengingkari bapanya,  Siti melakukan ini semua kerana minat dan cita-cita.  Siti telah bertolak ke Dubai untuk berkerja di sana sebagai seorang jururawat,  pemergian Siti kesana dirahsiakan pada keluarga tercinta ini kerana dia tidak mahu melukai hati bapa tercinta.

     Siti sepatutnya bertolak ke United Kingdom pada masa itu untuk melanjutkan pelajarannya dalam jurusan perniagaan,  kerana tidak minat dalam bidang perniagaan Siti tidak pergi ke United Kingdom tapi sebaliknya iaitu Dubai.  Selama pemergian Siti di Dubai dia sering kali mengirim email kepada adiknya Sharmila.  Siti telah menceritakan perkara yang sebenar kepada adiknya bahawasanya dia tidak ke United Kingdom tetapi ke Dubai,  Siti juga turut pesan kepada adiknya agar dirahsiakan perkara ini kepada keluarga.  Adiknya hanya menurut sahaja perintah kakak tercinta dengan harapan agar kakaknya berjaya dengan apa yang diimpikan selama ini.

    Suatu hari Sharmila membiarkan komputer ribanya terbuka dan satu kiriman email telah dihantar Siti.  tanpa diduga oleh Sharmila bapanya telah membaca email yang dikirimkan kepada Siti.  Segala rahsia yang disimpan kini akhirnya diketahui juga,  tetapi bapanya hanya diam membisu tanpa bersuara sehinggalah hari yang ditunggu-tunggu,  iaitu hari kepulangan Siti dari luar negara.

    Kepulangan Siti disambut meriah ahli keluarga tercinta,  semua ahli keluargan Siti menyambut kepulangan Siti ketika di lapagan terbang,  kecuali bapa tercinta Tan Sri Moktar.  Kata ibunya bapanya sibuk dan tidak sempat hadir.

    Tetapi apabila tibanya mereka semua di rumah sebaliknya pula berlaku.  Tan Sri Moktar yang sebentar tadi dikatakan pergi berkerja kini berada dirumah.  Sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah Siti terus mendapatkan bapanya,  tangan dihulur untuk bersalaman bersama bapa tercinta,  tetapi satu tamparan hinggap di pipi Siti.  Seluruh ahli keluarga mereka terkejut dengan tindakan Tan Sri Moktar.

    “Kenapa ni papa?”  soal Siti dengan nada terkejut.

   “Tak perlu papa perjelaskan kenapa.  Cukup dengan sandiwara kamu selama ini,  kau dah banyak menipu kami semua.”

    Siti kini menjadi tumpuan seluruh keluarganya.

   “Apa salah Siti abang?  Sehingga abang sanggup menampar dia?”  soal ibu Siti iaitu Mazni.

  “Dia ini anak yang kurang ajar.  Sanggup kau menipu mak dan ayah kau sendiri.  Aku suruh kau ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan,  bukan aku suruh pergi sana buat kerja lain.”

   Kali ini Tan Sri Moktar meninggikan suaranya.  Dia begitu marah sekali dengan sikap anaknya.

  “Salahkah apa yang Siti buat ni papa?  Siti cuma ingin kejar cita-cita Siti itu saja.”

  “Memang salah!  Papa buka perniagaan ni untuk kesenangan anak-anak papa,  dan papa ingin lihat anak-anak papa teruskan apa yang diusahakan papa selama ini.  Tapi kau cuba untuk hancurkan segala impian papa.”

  “Itulah masalah papa!  Tak pernah nak bagi peluang kepada kami untuk capai apa yang kami inginkan.”  jawab Siti.

  “Menjawab kau.”  Moktar mengangkat tangan dan sedia untuk dilibas ke muka Siti.  Isterinya Mazni mengambil tindakan pantas dengan menahan tangan suaminya.

  “Abang tolong jangan.”  rayu Mazni.

  “Tepi!  awak jangan masuk campur.”  Moktar menolak isterinya.  “Siti!  Mulai saat ini papa tidak mahu lagi melihat wajah kamu di rumah ini,  kamu pergilah dan buat apa yang kamu suka.”

   “Hello!”  Siti tersedar dari lamunan setelah mendengar suara yang amat dirindui melalui telefon bimbit.

   “Hello mahu cakap dengan siapa ya?”  sekali lagi suara itu bertanya.

   “Ibu!”  jawab Siti dengan nada yang terketar-ketar.

   “Siti!  Ya Allah anak mak.”  kedengaran jelas sekali suara ibunya Mazni dalam keadaan sebak.

   “Ya ibu ini Siti.”  Siti juga turut sebak setelah mendengar suara ibunya.

1 ulasan:

  1. Nazmi, jalan cerita memang bagus. Dialog juga menarik dan tak membosankan. Cuma nahu/tatabahasa bermasalah. Pastikan setiap dialog bermula dengan perenggan baru, di dalam ini saya lihat awak campurkan semuanya tanpa perenggan. Jika diperenggankan, cerita ini akan lebih banyak mengambil mukasurat dan kemas. Selepas titik harus huruf besar.
    Selamat menulis lagi.

    BalasPadam