Pagi ini Razif akan menghabiskan masanya dengan melukis di rumah. Aktiviti ini yang akan dilakukan Razif pada hari cuti sekolah, Razif lebih selesa menghabiskan masa di rumah selain mengasah bakat melukis yang dimiliki Razif, Razif juga tidak pernah melupakan pelajaran kerana itu yang akan membantu masa depan mereka sekeluarga.
Selain berbakat melukis Razif seorang yang berbakat bermain alat muzik. Razif mahir bermain alat muzik seruling dan gitar, dengan kemahiran yang ada Razif selalu mengembirakan hati adik-adiknya dengan meniup seruling, kerana itu yang boleh mengembirakan mereka dikala sedih meruntun jiwa.
Dalam keasyikkan Razif melukis tiba-tiba kedegaran daun pintu rumahnya seperti dikuak dan Razif bergegas untuk melihat siapa yang datang. Dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang lelaki yang cukup dibencinya berada di depan muka pintu. Faizal merupakan abang Razif, Faizal merupakan anak sulung dalam keluarga Razif. Faizal merupakan seorang anak muda yang baik tetapi kerana najis dadah yang membuatkan dirinya dibawa arus kehancuran.
“Razif! kau sihat? Mak mana?” soal Faizal sambil berjalan kearah Razif dalam keadaaan yang terhuyung-hayang seperti orang yang mabuk.
“Mak ada dalam bilik.” ujar Razif
Faizal terus melangkah ke dapur untuk mengisi perut. “Abang kau ambik benda tu lagi ke?” tanya Razif pada Faizal. Faizal yang menyusun atur langkahnya untuk ke dapur tiba-tiba saja terhenti. Wajah adiknya direnung Faizal.
“Aku terpaksa ambik benda tu. Sebab itu sebahagian dari hidup aku.
“Habis tu kami ni bukan sebahagian dari hidup abang?” soal Razif dengan nada suara yang bergetar.
“Kau takkan faham apa yang terjadi pada abang. Abang terpakasa ambil benda tu sebab..”
“Sebab apa abang? Sebab abang ingin lari dari segala masalah? Abang tahu tak apa yang abang buat sekarang ni sedang menjerat diri abang sendiri, abang ambik dadah dengan pinjam wang dari along, abang tahu tak perbuatan abang ni melibatkan kita sekeluarga, rumah ni selalu didatanggi along cari abang.
Buang tabiat abang tu berubahlah demi mak, mak tu sakit kalau abang tak kesiankan Razif abang kesian dekat mak dan adik-adik. Fikirlah abang saya mahu abang berubah demi kebaikan.” rayu Razif tanpa berselindung lagi air mata lelakinya mengalir membasahi pipi.
“Aku bukan anak yang baik bagi mak, jadi biarlah aku begini selamanya.”
“Seseorang itu boleh berubah, jadi saya pecaya abang boleh berubah suatu masa nanti, pecayalah.” ujar Razif serentak dengan itu Faizal bingkas ke muka pintu dan berlalu pergi.
Razif duduk termenung dianjung rumah memikirkan abangnya Faizal. Razif tidak tahu bagaimana abangnya boleh terlibat dengan pengambilan dadah. Faizal merupakan seorang abang yang penyayang dan bertanggungjawab. Razif masih ingat lagi kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama abangnya.
Ketika itu Razif baru berusia tujuh tahun, waktu itu dia dan abangnya Faizal sedang bermain di kawasan padang. Sudah menjadi kebiasaan bagi Razif dan abangnya menghabiskan masa terluang dengan bermain di padang, mereka berdua gemar bermain layang-layang, ini kerana Faizal cukup mahir dalam membuat layang-layang. Masih segar lagi diingatan Razif apabila menerima wau hasil tangan Faizal sebagai hadiah hari jadi Razif, dan di atas wau tersebut tertulis “Selamat Hari Jadi”, dan sehingga sekarang Razif masih lagi menyimpan wau yang dihadiahkan Faizal.
Suatu petang Razif berlatih meniup seruling di anjung rumah bersama Faizal. Sambil Razif berlatih meniup seruling Faizal pula sedang asyik menyiapkan wau yang ditempah orang kampung. Faizal mengambil upah membuat wau untuk mereka yang minat dengan permainan wau dan juga untuk dijual kepada para pelancong. Hasil kerja kreatif Faizal membuahkan hasil pada mereka sekeluarga ini kerana Faizal selalu mendapat tempahan dari orang kampung.
“Abang! Kenapa abang minat dengan wau?” tanya Razif
Faizal merenung wajah adiknya sambil menghadiahkan satu senyuman buat adiknya. “Sebab abang ingin terbang di awan biru.” jelas Faizal.
“Dengan wau ni?” tanya Razif kehairanan?
Faizal ketawa dengan pertayaan Razif. Faizal mengeleng-gelengkan kepalanya, dicapai cawan berisi air teh dan diteguk dengan cermat perlahan-lahan.
“Bukan dengan wau la adik. Mana ada orang terbang dengan wau.”
“Habis tu abang nak terbang dengan apa?” soal Razif kehairanan, muka Razif kini terpancar seribu satu pertanyaan di kepalanya.
“Abang nak terbang dengan kapal terbang la, bukan dengan wau.”
“Oh..maksud abang, abang nak jadi juruterbang ?”
“Ya abang mahu jadi juruterbang, sebab abang ingin bawa mak terbang ke Makkah.”
“Hai takkan mahu bawa mak saja? Kami yang lain ni tak mahu bawa sekali ke?”
“Mesti la abang bawa sekali. Kamu semuakan adik-adik abang.”
“Hahahaha…” Razif ketawa. “Abang! Razif ada lagu nak mainkan untuk abang, lagu ini Razif cipta sendiri.”
Faizal hanya mengangguk tanda setuju untuk mendengar lagu ciptaan adiknya. Razif meniup seruling menggalun irama merdu mengikut rentak yang sekata. Sesiapa yang mendengar pasti terbuai dengan melodi indah yang dihasilkan Razif.
“Razif!” Ibunya memanggil. Razif terhenti meniup seruling dan begitu juga dengan lamunan Razif tentang kenangan dia bersama Faizal juga terhenti. Razif memandang wajah lembut ibunya.
“Ya mak.” jawab Razif lembut.
“Apa yang dimenungkan Razif tu?” tanya ibunya dengan penuh keresahan melihat keadaan Razif yang kerap mengelamun apabila sedih.
“Tak ada apa-apa mak. Mak tak perlu risau.” ujar Razif berserta sekuntum senyuman buat ibunya.
“Tadi abang kamu balik ke?” tanya ibunya.
Razif hanya tunduk membisu tanpa berkata sepatah pun.
“Razif!” lembut suara ibunya menyebut namanya.
Razif memandang sepi wajah lembut ibunya, lidahnya kelu membisu tidak dapat berkata-kata.
“Mak tahu tadi abang kamu ada balik.”
“Macam mana mak tahu?” tanya Razif penuh kehairanan.
“Mak dengar kamu berdua bertengkar tadi.” Ibunya mendegus. “Mak sekarang ni berharap dekat kamu seorang Razif untuk jaga adik-adik kamu bila mak sudah tiada nanti.”
Kaget Razif bila dengar kata-kata ibunya.
“Kenapa mak cakap begini. Mak tak boleh cakap begini. Razif dengan adik-adik masih perlukan mak.” Razif berjalan kearah ibunya. “Mak saja tempat kami bergantung harapan dan tempat kami mengharap kasih sayang.” ujar Razif sambil memeluk erat kaki ibunya, tanpa berselindung lagi air mata mengalir membasihi pipi Razif.
Tak cukup ni seringgit je yang ada pun. Razif mengeluarkan nod berjumlah satu ringgit dari dalam beg duit. Macam mana nak beli kasut sekolah untuk Aishah kalau duit pun ada banyak ni, nak makan dekat kantin pun tak lepas. Razif tunduk memandang kasut sekolah yang tersarung di kaki, biarpun kasut itu terkoyak dan berlubang tetapi ia tetap kelihatan bersih.
“Abang! Aishah nak cakap sikit boleh?” tutur Aishah dengan penuh lemah lembut.
“Cakaplah apa dia.” tanya Razif yang sedang sibuk membuat kerja rumah.
“Aishah nak minta abang tolong belikan kasut sekolah baru, kasut sekolah lama dah koyak teruk. Boleh tak abang?” soal Aishah.
Razif memandang wajah Aishah.
“Insyaallah kalau abang dapat duit nanti abang belikan kasut baru untuk Aishah ya.”
“Sebenarya Aishah tak nak menyusahkan abang. Kalau abang tak ada duit tak apa Aishah boleh pakai yang lama.”
“Tak apa Aishah tak perlu risau abang ada duit. Dah lewat ni Aishah pergi masuk tidur, esok nak pergi sekolah”
Aishah bingkas segera mengemas buku-buku sekolah dan beredar masuk ke bilik. “Abang maafkan Aishah bukan niat Aishah nak menyusahkan abang.” getus hati Aishah.
Razif bangun dan berjalan kearah rak kasut setelah melihat Aishah sudah tiada dipandangan. Kasut sekolah Aishah dipegang Razif, kelihatan kasutnya sudah terkoyak dan tapaknya menunggu hari untuk tertanggal. Hai kenapa la si Aishah ni tidak pernah bagi tahu yang kasut dia rosak teruk. Kasihan Aishah, abang janji yang abang akan belikan kasut baru untuk Aishah.
Razif meletak kembali kasut Aishah di rak
“Razif!” panggil cikgu Siti dengan lembut. “Jauh mengelamun, ingatkan kekasih hati ke?” Tanya cikgu Siti berjenaka.
“Cikgu!” Razif menghadiahkan satu senyuman manis buat cikgu Siti.
“Mana ada cikgu, saya ni muda lagi mana ada kekasih hati. Cikgu lainlah.”
“Hiss! Budak ni kenakan cikgu pula. Yang kamu duduk termenung ni kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Saya cuma baca buku jew cikgu.” Razif menunjukkan buku rujukan yang dipegangnya kepada cikgu SIti.
“Boleh pecaya ke?” soal cikgu Siti
“Mestilah boleh. Saya ni mana pandai menipu cikgu.”
“Petang ni apa kata kamu datang rumah cikgu kita buat ulangkaji.”
Razif hanya diam tanpa berkata apa-apa, hatinya kini menjadi serba salah.
“Orang tua-tua cakap diam tanda setuju.”
“Orang tua-tua yang cakap ya. Jadi cikgu ni dah tua la?” usik Razif.
“Kamu ni cikgu muda lagi la.” ujar cikgu Siti lalu mencebik. “Yang pasti petang ni kamu mesti buat ulangkaji boleh?”
“Baik bos.” Razif mengangkat menunjukkan rasa hormat seperti mana yang dilakukan anggota polis.
“Erm ok la Razif cikgu nak masuk kelas, kamu jangan lupa petang ni.” pesan cikgu Siti.
“Aishah! Kasut sekolah yang Aishah mintak tu nanti abang usahakan ya.”
“Aishah tak kisah. Kalau abang masih tak ada duit tak perlu la beli lagi, kasut sekolah yang lama tu Aishah dah ikat tapak dia dengan getah, jadi boleh pakai lagi.”
“Isnin ni Aishah tak perlu pakai kasut tu lagi. Abang akan dapatkan duit untuk beli kasut Aishah.”
“Kalau macam tu Aman nak mintak jagung rebus bila abang dapat duit nanti boleh?” soal Aman adik bongsu Razif.
“Boleh. Kalau untuk adik abang yang sorang mesti la boleh.”
“Sayang abang.” Aman meluru ke Razif dan terus memeluk abangnya.
“Abang nak ke mana?” soal Aishah.
“Abang nak buat ulangkaji dekat rumah cikgu Siti. Petang nanti abang balik, Aishah tolong bagitahu mak yang abang keluar ke rumah cikgu.”
“Baiklah nanti Aishah beritahu mak.”
Sebaik melangkah dari anjung rumah Razif terus ke basikal. Razif berkayuh menuju ke rumah cikgu Siti. Hujung minggu ni aku nak pergi cari kerja dekat mana? Hari tu abang Aziz cakap dia nak pakai pekerja. Apa kata aku cuba tanya Abang Aziz, mana tahu kalau-kalau abang Aziz nak pekerja sambilan.
“Razif!” laung Zarina sahabat Razif.
Razif berhenti berkayuh melihat Zarina yang sedang laju berkayuh ke arah Razif.
“Zarina kau buat apa dekat pekan ni?”
“Aku pergi kedai buku dekat situ.” Zarina menunjukkan arah kedai buku yang disinggah sebentar tadi.
“Kau buat apa kat sini?” soal Zarina.
“Aku nak pergi kedai kasut, nak cari kasut sekolah dekat adik aku. Lepas tu aku terus pergi rumah cikgu Siti.”
“Sama la kita, boleh kita pergi sekali.”
“Jom la kalau macam tu. Tapi kita singgah kedai kasut dulu la.”
“Aku tak ada masalah.” ujar Zarina sambil melontarkan senyuman kearah Razif. Razif dan Zarina meneruskan perjalanan mereka ke kedai kasut sebelum ke rumah cikgu Siti.
Zarina merupakan satu-satunya kawan perempuan yang rapat dengan Razif selain rakan-rakan perempuan yang lain. Ini kerana Razif mempunyai sifat pemalu dengan kaum Hawa. Titik pengenalan mereka berdua bermula apabila Zarina buat pertama kalinya ke Kampung Sungai Hulu dengan tujuan berpindah dari Johor ke Pulau Pinang, Zarina secara tidak sengaja berkenalan dengan Razif ketika dia sedang bersarapan pagi di warung abang Kasim.
Pada ketika itu Zarina dengan spontannya bertanya kepada Razif. “Nasi lemak ni awak ke yang masak?” Razif yang ketika itu sedang susun bungkusan nasi lemak di dalam pinggan terbantut seketika apabila seorang gadis yang tidak dikenalinya bertanyakan soalan sebegitu.
Dengan nada yang gagap Razif menjawab. “Mak saya yang masak sebenarnya, saya cuma tolong bungkus.” Razif kembali menyambung kerjanya. Zarina tergelak kecil apabila mendengar jawapan Razif.
“Boleh tak saya nak masak nasi lemak dengan mak awak?” soal Zarina?
“Boleh apa salahnya.”
Semenjak dari pengenalan di warung abang Kasim, Razif dan Zarina berkawan rapat, kebetulan pula Zarina merupakan sepupu kepada Hafiz sahabat karib Razif.
Razif memberhentikan basikalnya dihadapan kedai menjual barangan keperluan sekolah, Razif berjalan masuk ke perkarangan ruanggan kedai sementara Zarina hanya menunggu di luar. Ketika ini mata Razif ligat mencari rak jualan kasut sekolah.
Seorang lelaki berbangsa cina menghampiri Razif. “Ya adik boleh saya bantu?” ujar lelaki itu sambil menghadiahkan senyuman.
“Saya datang mahu cari kasut sekolah.”
“Ada-ada, mari ikut saya.” lelaki cina itu bawa Razif ke bahagian jualan kasut. “Adik pilih la mana yang adik suka, nanti kalau sudah jumpa panggil saya.” ujar lelaki cina itu lalu beredar.
Razif memilih beberapa pasang kasut yang sesuai untuk adiknya Aishah sambil-sambil melihat tanda harga yang telah diletakkan. Harga sepasang kasut rata-rata berharga rm 20 sehingga rm 40. Mahalnya mana la aku cukup duit kalau macam ni punya mahal harganya. Razif termenung jauh memikirkan dari mana dia harus mendapatkan wang untuk membeli kasut sekolah adiknya.
“Kenapa direnungkan kasut itu?” ujar seorang lelaki kepada Razif.
“Saya sebenarnya datang tengok-tengok saja pak cik.” ujar Razif kepada lelaki yang berusia lewat 50an.
“Tengok saja? belilah bagus jenama kasut ni.” lelaki tua itu tersenyum kearah Razif.
“Saya sebenarnya tak cukup duit nak beli kasut ni.”
“Tak apa biar pak cik belanja kamu.” Segera lelaki tua itu mengeluarkan dompet dari seluarnya.
“Tak apa pak cik! tak perlu susah-susah.”
“Pak cik belanja sekali sekala nak.”
“Pak cik simpan saja duit ni. Selagi saya ada kudrat saya akan cuba berusaha cari duit.” satu senyuman dihadiahkan Razif. “Duit ni pak cik bagi saja kepada orang yang lebih memerlukan.”
“Assalamualaikum.” Razif bergegas keluar dari kedai dan terus kearah basikal.
“Adik!” lelaki tua itu memanggil Razif.
Lantas Razif memandang wajah emas lelaki tua itu. Zarina yang kebetulan berada disitu turut sama memandang wajah lelaki itu.
“Boleh pak cik tahu siapa nama adik?” soal lelaki tua itu dengan wajah ingin tahu.
“Ahmad Razif! pak cik boleh panggil Razif.” ujar Razif. “Saya minta diri dulu, saya nak cepat ni pak cik, lain kali kita jumpa lagi. Assalamualaikum.” tutur Razif sopan. Razif dan Zarina terus menyambung perjalanan mereka ke rumah cikgu Siti.
“Waalaikumsalam” tutur lelaki tua itu sambil senyuman dibibir terserlah terukir apabila melihat Razif anak muda yang dijangkakan mempunyai semangat yang tinggi dalam dirinya.
Cerita ini bagus... maksud saya, tak jemu dan jalan ceritanya laju. Alhamdulillah, saya suka baca. Cuma betulkan bahasa, nahu...
BalasPadamTeruskan bab selanjutnya.