Isnin, 6 Jun 2011

Cadangan/tambahan dari Pn Nurol

Rangka(Lakaran Hati)


warna merah- betulkan
warna biru- cadangan
Ringkasan Cerita:Menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Razif,yang terpaksa menempuh liku-liku kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran demi menyara keluarga tercinta. Dalam usia yang baru berumur 13 tahun Razif terpaksa membantu keluarga setelah kematian bapa dan ingin meringgankan beban ibunya yang lumpuh akibat terlibat didalam kemalangan jalan raya.Lebih memeritkan lagi Razif terpaksa melangsaikan hutang abangnya yang berhutang kerana ketagihan dadah.Hafiz rakan baik Razif yang banyak membantu Razif ketika kawan baiknya itu memerlukan bantuan.Kerana sifat tidak puas hati melihat persahabatan Razif dan Hafiz. Zahid telah melemparkan satu fitnah kepada Razif menyebabkan persahabatan diantara Razif dan Hafiz mula renggang.

Watak

Razif:seorang remaja yang berusia 13 tahun,anak kedua dari lima beradik,telah kematian ayah,terpaksa mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah ibunya lumpuh akibat terbabit dalam kemalangan<boleh kembangkan di sini, mungkin flashback semula bagaimana kemalangan boleh berlaku, rawatan doktor (kena buat kajian di sini), dll> jalan raya,rakan karib kepada Hafiz,seorang pelajar yang aktif dan suka membantu.

Hafiz:Rakan karib kepada Razif,seorang periang,antara rakan yang banyak membantu Razif ketika beliau dalam kesusahan,persahabatan Hafiz dan Razif mula renggang akibat ketidak puas hati rakan mereka.

Zahid:Rakan sekelas Razif dan Hafiz,seorang rakan yang baik pada mulanya,kerana sifat cemburu melihat persahabatan Razif dan Hafiz,Zahid mula melemparkan fitnah kepada Razif menyebabkan persahabatan Razif dan Hafiz renggang.

Hassan:merupakan sahabat kepada ayah Razif dan teman setia pada Razif,orang yang banyak memberikan semangat kepada Razif ketika Razif menerima kecaman dari pelbagai pihak.


Konflik Utama
1.Razif terpaksa menerima ugutan untuk melangsaikan hutang abangnya yang banyak akibat pengambilan dadah
2.Razif harus membiayai kos perubatan ibunya yang terlalu banyak dan pembelanjaan sekolah adik-adiknya.
3.Zahid telah menabur fitnah terhadap Razif menyebabkan Razif terpaksa menerima pelbagai kutukan dari orang ramai
4.Bagaimana cara dilakukan Razif untuk meyakinkan kepada semua bahawa dia tidak bersalah.

komen saya- Konflik cerita kuat. Saya harap penulis dapat mengembangkan cerita dengan baik. Jaga-jaga dengan elemen logik di sini, contohnya, bagaimana Razif yang berumur 13 tahun ini berkemampuan melalui situasi terpaksa mencari wang yang banyak untuk bayar hutang abangnya dan rawatan ibunya. Mungkin tukarkan umur Razif menjadi 17 tahun (sekadar cadangan).

Ahad, 5 Jun 2011

BAB 1 Lakaran Hati

Launggan azan subuh mula kedengaran memecah kesunyian suasana pagi. Membangkitkan setiap umat Islam agar bangun untuk menunaikan ibadat solat. Sudah menjadi rutin harian kehidupan Razif,setelah selesai menunaikan solat subuh Razif akan keluar untuk menghantar tempahan kuih muih dan nasi lemak ke gerai Abang Kasim. Setelah selesai menghatar tempahan kuih muih,Razif meneruskan kerjanya dengan menghantar surat khabar dari rumah ke rumah.

Semenjak ibu Razif iaitu mak cik Salmah lumpuh akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Razif lah yang mengambil tanggungjawab ibunya sebagai ketua keluarga. Ayah Razif telah pun meninggal dunia tiga tahun lalu akibat sakit jantung, semenjak kematian bapa ibunya mak cik Salmah yang mengambil tanggungjawab ketua keluarga. Kini tangggungjawab itu diberikan kepada Razif. Ini kerana mak cik Salmah lumpuh akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pulang dari tempat kerja.

“Awal hari ni kamu datang Razif? ” soal abang Kasim.
“ Hari ni saya keluar awal. Itu yang sampai awal hari ni.”
“ Abang Kasim saya beransur dulu yew bang. Dah lewat ni.” ujar Razif sambil tergesa-gesa ingin pergi kerana lihat jam yang sudah lewat.
“ Ya la, hati-hati jangan lupa ambil duit balik sekolah nanti.”
“Baiklah bang Kasim.” ujar Razif sambil melemparkan senyuman pada abang Kasim.

Seperti hari-hari yang selalu dilalui oleh Razif. Mengambil upah menghantar surat khabar sudah menjandi rutin harian kehidupan Razif demi menampung kehidupan keluarga. Jika pada waktu pagi sebegini pelajar sekolah yang sebaya dengan Razif hanya memikul tanggungjawab sebagai pelajar. Tetapi Razif pula sebaliknya, Razif terpaksa bekerja dan belajar pada masa yang sama. Tetapi Razif seorang yang kuat semangat dengan ujian dari Allah.

Pada hari ini Razif sempat datang awal ke sekolah, tidak seperti selalu Razif sering kali datang lewat ke sekolah. Bukan sengaja Razif hendak datang lewat ke sekolah tetapi kerana Razif harus melaksanakan tanggungjawabnya untuk mencari rezeki untuk keluarga.

“Awal kau datang hari ni!” soal Khairul kalau macam ni hari-harikan bagus. Khairul merupakan ketua pengawas di sekolah.
“Hari aku keluar awal dari rumah. Sebab tu la hari ni sampai awal.”
“Kan bagus kalau macam ni selalu. Kau pun tak akan kena tindakan displin.” Khairul mendegus. “Aku faham situasi kau Razif, tapi aku terpaksa menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pengawas.” ujar Khairul dengan serba salah.

Khairul faham dengan situasi yang dialami sahabatnya Razif yang terpaksa berkerja sambilan dengan menghantar surat khabar dari rumah ke rumah pada setiap pagi. Disebabkan itu Razif sering kali lewat ke sekolah. Sebagai seorang pengawas Khairul harus menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang yang amanah.

“Tak mengapa Khairul, aku faham kau hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan cikgu. ujar Razif sambil menuntun basikal ke tempat meletak basikal.

Razif berjalan menuju ke kantin untuk bersarapan. Dalam perjalanan ke kantin Razif disapa oleh suara yang amat dikenalinya.
“Razif.”
Razif melihat sahabat baiknya Hafiz menyapanya dari jauh. Hafiz berjalan menuju kearah Razif, Razif hanya melihat gelagat sahabat baiknya itu berlari-lari anak ke arahnya sambil melemparkan senyuman ke arahnya.
“Ada apa Hafiz?” soal Razif kehairanan.
“Tak ada apa, Awal kau datang hari ni?”
“Aku keluar awal hari ni, Sebab tu sampai awal. Kau dah makan ke belum?”
“Belum, Aku nak ke kantin la tadi kemudian nampak kau sebab tu aku jerit panggil kau tadi.” ujar Hazif
“Kalau macam tu jom la kita sarapan sekali.” Kemudian mereka melangkah ke kantin untuk bersarapan pagi.


Para pelajar sekolah mula mengemas barang masing-masing apabila kedengaran bunyi loceng sekolah seolah-olah mengejutkan semua pelajar bahawa sudah sampai waktunya untuk pulang. Semua pelajar mengemas barang masing-masing untuk pulang ke rumah dengan tujuan sendiri, Termasuk jugalah dengan Razif dia ingin ke gerai abang Kasim untuk mengambil upah kuih dan nasi lemak yang dihantarnya.
Ketika Razif sedang khusyuk mengemas barang untuk pulang secara tiba-tiba cikgu Siti Fatimah datang menyapa Razif.
“Razif balik nanti boleh jumpa cikgu di bilik guru?”
“Ada apa cikgu nak jumpa saya?”
“Ada benda yang cikgu nak bincangkan.” Cikgu menghadiahkan sekumtum senyuman ke arah Razif sebelum berlalu pergi.

Razif melangkah dengan penuh persoalan apabila cikgu Siti berkata dia ingin berjumpa dengannya. Apa tujuan cikgu nak jumpa aku? Adakah disebabkan perkara hari tu? Aduh apalah sebabnya ni? Banyak yang bermain di fikiran Razif apabila cikgu Siti Fatimah ingin bertemu dengannya, Adakah disebabkan dia berkerja sebagai penghantar surat khabar? Pernah sekali cikgu Siti Fatimah memanggil Razif ke biliknya untuk untuk menyatakan supaya Razif berhenti dari bekerja dan focus pada pelajaran. Jiwa muda Razif tetap dengan pendiriannya untuk berkerja membantu keluarga.

“Razif semenjak kebelakangan ini cikgu selalu lihat kamu lewat ke sekolah.”
“Maafkan saya cikgu, bukan saya sengaja untuk lewat ke sekolah cikgu”
“Cikgu dapat tahu yang kamu berkerja menghantar surat khabar sebelum ke sekolah ye Razif?”
Razif hanya tunduk dan membatukan diri apabila diajukan soalan sebegitu oleh cikgu Siti.

“Kenapa kamu diam Razif? jadi betul la kamu berkerja sebelum datang ke sekolah?” lembut suara cikgu Siti bertanya kepada Razif.

Cikgu Siti Fatimah merupakan seorang guru matapelajaran agama Islam disekolah Razif dan dia juga merupakan guru kelas Razif. Cikgu Siti Fatimah merupakan antara guru yang rapat dengan Razif, setiap kali Razif mengalami masalah dialah orang yang selalu mengambil berat tentang pelajarnya itu. Setiap gerak geri Razif Cikgu Siti Fatimah yang selalu memerhatikan kerana dia terlalu sayang akan anak muridnya itu. Dan cikgu Siti Fatimah juga sanggup menangung bayaran yuran sekolah Razif kerana terlalu sedih melihat penderitaan anak muridnya itu. Hai baik sungguh hati cikgu Siti terhadap aku. Serentak dengan itu Razif terhenti dari lamunan apabila menyedari dirinya sudah berada di depan bilik guru.

Razif berjalan menuju ke meja cikgu Siti.
“Asalammualaikum cikgu.”
“Walaikummusalam.” Cikgu Siti menguntum senyuman kepada Razif
“Boleh saya tahu kenapa cikgu nak jumpa saya?”
“Tujuan cikgu nak jumpa kamu sebenarnya cikgu nak kamu datang ke rumah cikgu petang ni. Sebab petang ni cikgu ada buat kelas tambahan di rumah cikgu.” Cikgu Siti merenung wajah anak muridnya itu. “Cikgu ada jemput Hafiz,Ana,dan Faridah sekali.”

Razif tunduk membisu fikirannya saat ini amat buntu beribu alasan cuba dicari bagi mengelak dari pergi ke rumah cikgu Siti. Bukan niat Razif untuk mencari alasan tetapi Razif berkerja mencuci kereta pada sebelah petangnya. Bukan sekali dua cikgu Siti menjemput Razif ke rumahnya tetapi sudah banyak kali. Razif selalu mencari alasan untuk mengelak dari pergi ke rumah cikgu Razif.

Alasan apalah yang aku nak bagi dekat cikgu ni? Takkan aku nak bagi tahu dekat cikgu yang aku berkerja petang ni? Aduh buntunya kepala aku ni?

“Razif! macam mana boleh tak datang rumah cikgu? soal cikgu Siti
“Insyaallah cikgu.”

Cikgu Siti hanya senyum mendengar jawapan Razif. Serentak dengan itu Razif bingkas meninggalkan cikgu Siti setelah dibenarkan pulang.



Cikgu Siti melontar pandangannya jauh diluar tingkap memikirkan anak muridnya Razif. Apa yang dilakukan Razif pada waktu petang? belajarkah dia? Atau melakukan aktiviti yang tak berfaedah? tak mungkin Razif bukan budak yang suka membuang masa, lihat saja pada waktu rehat pelajar lain berpusu-pusu beratur membeli makanan tapi razif pula sebaliknya, dia selalu menghabiskan waktu rehatnya dengan membaca buku. Tapi kenapa setiap kali aku mengadakan kelas tambahan dia selalu mengelak? Saat ini kepala cikgu Siti amat buntu memikirkan tentang anak muridnya itu.

Razif memandang kipas di siling kamarnya sedang galak berpusing seolah-olah seperti tiada penghujungnya. Adakah hidup aku sebegini rupa? Seperti kipas ini juga berpusing laju seperti tiada penghujungnya berhenti bila dimatikan suisnya bergerak semula bila suisnya dihidupkan seolah-olah tiada pendirian hidup. Aku bukan manusia yang tiada pendirian hidup, aku ada cita-cita dan aku mahu mencapai impian aku untuk bantu mak. Kelopak mata Razif mula bergetar menahan air mata dari mengalir membasahi pipi.

Razif imbau kembali kenangan suram yang menimpa ibunya yang menyebabkan ibunya lumpuh.
“Razif!!! Razif!!! Razif!!!” kedengaran suara mak cik Tiah jiran Razif memanggil
“Ya makcik, kenapa ni?” Razif hairan melihat keadaan mak cik Tiah yang dalam keadaan kelam kabut dan berwajah pucat.
“Razif! mak kau kemalangan.”

Saat itu Razif terasa bagaikan lemas dilautan biru, dipukul badai ombak dan pada saat itu juga kepalanya berasa berat dan sakit bagai dihentak dengan kuat. Seluruh badannya berasa longlai lalu Razif terduduk kelesuan kerana seakan-akan tidak percaya dugaan Allah yang membuat hati kecilnya menjerit. Razif mendongak ke atas melihat awan biru ciptaan yang Maha Esa bagi menggumpul kekuatan diri untuk bangkit menghadapi takdir yang sudah tertulis buat dirinya.

Razif bingkas bangun mendapatkan basikalnya dan berkayuh ke tempat kemalangan. Mak cik Tiah terpinga-pinga melihat keadaan Razif ketika itu dan tidak sempat menghalang Razif dari ke tempat kemalangan. Saat itu tiada apa yang dapat difikirkan Razif saat itu melainkan ibunya selamat.

Tiba di tempat kejadian ibunya telah dibawa ke hospital dan pada masa itu apa yang bermain di fikirannya ialah ibunya selamat. Tiada apa yang dapat dikatakan Razif jika ibunya pergi meninggalkan dia dan adik-adiknya yang masih kecil. Razif bergegas ke rumah cikgu Siti untuk meminta bantuan cikgu Siti membawanya ke hospital.

Setelah sampai ke rumah cikgu Siti kelihatan cikgu Siti sedang menyiram bunga di perkarangan rumahnya. Cikgu Siti kehairanan melihat keadaan Razif yang tergesa-gesa.

“Cikgu tolong saya cikgu mak saya, mak saya kemalangan.” ujar Razif dengan air matanya membasahi pipi.

“Tenang Razif cuba beritahu apa yang terjadi.” cikgu cuba menenagkan Razif yang kelihatan resah dan menangis ketika menceritakan pada cikgu Siti.

“Cikgu mak saya kemalangan dia dah bawa mak ke hospital,jadi saya datang sini nak minta tolong cikgu bawa saya ke hospital, saya nak tahu macam mana keadaan mak saya sekarang.”

“Ya baiklah mari cikgu bawa kamu pergi hospital”

Cikgu Siti bergegas masuk ke rumah untuk mengambil kunci kereta, sementara Razif kelihatan resah menunggu dia tidak tahu apakah yang terjadi pada ibunya pada saat ini. Mereka bergerak menuju kehospital. Razif memandang ke luar tingkap banyak yang bermain difikiran ditambah pula dengan dia kini sedang bergelut dengan emosi yang amat sedih.

“Razif sabar banyak-banyakkan berdoa minta pada ALLAH moga ibu Razif selamat.” nasihat cikgu Siti setelah melihat Razif yang sedang dari tadi terus-terusan meratap kesedihan.

Sampai di hospital Razif dan cikgu Siti bergegas mencari wad ibu Razif ditempatkan. Cikgu Siti bertanya pada seorang jururawat bertugas. Setelah mendapat maklumat dari jururawat bertugas Razif bergegas berlari wad yang menempatkan ibunya.

“Maaf adik, adik tidak boleh masuk buat masa sekarang” halang seorang jururawat setelah melihat Razif dengan tergesa-gesa meluru masuk ke wad pesakit.

“Tapi cik pesakit tu mak saya.” rayu Razif pada jururawat tersebut untuk dibenarkan masuk bagi melihat sendiri keadaan maknya pada ketika ini.

“Kenapa ni?” soal seorang doktor yang baru keluar dari bilik pesakit. “Adik ni keluarga pesakit ke?” soal doktor itu lagi.
“Ya doktor kami ni waris pesakit macam mana dengan keadaan dia.” ujar cikgu Siti pada doktor yang bertugas. Pada ketika ini kelihatan wajah Razif mula menunjukkan seribu satu kerisauan dan keresahan terpancar di wajahnya. Kelopak matanya mula berkaca menahan air mata dari terus basah membasahi pipi.

“Saya harap kamu semua bersabar, keadaan pesakit pada masa ini amat kritikal tulang kakinya patah dengan teruk sekali, dan kemungkinan pesakit akan lumpuh.”

Saat ini Razif merasakan kakinya tidak lagi kuat untuk berdiri di atas bumi ini, dan air matanya terus membasahi pipi kerana tidak dapat menahan rasa pilu di hati mengenangkan ibu yang dicintai.

Razif dibenarkan masuk ke dalam bilik pesakit setelah diizinkan doktor. Sayu hati Razif melihat keadaan ibunya yang terbujur kaku di atas katil dengan kaki dan kepalanya dibalut bagi merawat luka yang dialami, Razif mendekati katil ibunya perlahan-lahan Razif mengusap rambut ibunya.

“Mak Razif janji walau apa pun yang terjadi Razif akan tetap jaga mak. Razif mahu menunaikan janji Razif pada arwah ayah yang Razif mahu jaga mak, sampai suatu masa Razif mahu lihat sinar di wajah mak agar kami adik beradik akan hidup bahagia disisi mak.” tangan ibunya digenggam erat dan dahi ibunya dikucup dengan penuh kasih sayang.

Rangka(Lakaran Hati)

Ringkasan Cerita:Menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Razif,yang terpaksa menempuh liku-liku kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran demi menyara keluarga tercinta. Dalam usia yang baru berumur 13 tahun Razif terpaksa membantu keluarga setelah kematian bapa dan ingin meringgankan beban ibunya yang lumpuh akibat terlibat didalam kemalangan jalan raya.Lebih memeritkan lagi Razif terpaksa melangsaikan hutang abangnya yang berhutang kerana ketagihan dadah.Hafiz rakan baik Razif yang banyak membantu Razif ketika kawan baiknya itu memerlukan bantuan.Kerana sifat tidak puas hati melihat persahabatan Razif dan Hafiz. Zahid telah melemparkan satu fitnah kepada Razif menyebabkan persahabatan diantara Razif dan Hafiz mula renggang.

Watak

Razif:seorang remaja yang berusia 13 tahun,anak kedua dari lima beradik,telah kematian ayah,terpaksa mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah ibunya lumpuh akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya,rakan karib kepada Hafiz,seoran pelajar yang aktif dan suka membantu.

Hafiz:Rakan karib kepada Razif,seorang periang,antara rakan yang banyak membantu Razif ketika beliau dalam kesusahan,persahabatan Hafiz dan Razif mula renggang akibat ketidak puas hati rakan mereka.

Zahid:Rakan sekelas Razif dan Hafiz,seorang rakan yang baik pada mulanya,kerana sifat cemburu melihat persahabatan Razif dan Hafiz,Zahid mula melemparkan fitnah kepada Razif menyebabkan persahabatan Razif dan Hafiz renggang.

Hassan:merupakan sahabat kepada ayah Razif dan teman setia pada Razif,orang yang banyak memberikan semangat kepada Razif ketika Razif menerima kecaman dari pelbagai pihak.


Konflik Utama
1.Razif terpaksa menerima ugutan untuk melangsaikan hutang abangnya yang banyak akibat pengambilan dadah
2.Razif harus membiayai kos perubatan ibunya yang terlalu banyak dan pembelanjaan sekolah adik-adiknya.
3.Zahid telah menabur fitnah terhadap Razif menyebabkan Razif terpaksa menerima pelbagai kutukan dari orang ramai
4.Bagaimana cara dilakukan Razif untuk meyakinkan kepada semua bahawa dia tidak bersalah.